.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

BERAKHIR CINTA SONATA DI NAMI ISLAND KOREA

Dari Hotel kami bertolak menuju ke Nami Island lebih kurang pukul 5 pagi, kerana perjalanan untuk ke Nami Island mengambil masa 1 jam perjalanan dari Gangnam…dan salah satunya juga untuk mengelak jem…sepanjang perjalanan kesana suasana begitu sunyi didalam bas sebab semua layan tido….sedar-sedar lampu didalam bas dipasang untuk mengejuk kan kami bahawa dah sampai ke distinasi yang dituju..




Kami sampai lebih kurang pukul 6:30 pagi…masa tu tiada siapa lagi disini..kami  group pertama yang sampai…sementara menunggu feri sampai, kami sempat breakfast makan nasi lemak yang dimasak oleh producer kami iaitu Kak Raja Alawiyah…hmmm memang sedap…lebih lagi cuaca begitu sejuk sangat sampai beku tangan dibuatnya…



selesai je makan, kami semua bersiap sedia untuk naik feri..masa ni baru nampak pelawat mula datang sedikit demi sedikit…perjalanan kami untuk ke Nami island hanya mengambil masa 5 minit sahaja dari port…





sampai je Nami Island hati begitu teruja melihat keindahan Nami Island diwaktu pagi, berkabus-kabus dan terlalu sejuk hingga mencecah negatis 3 celsius…masa kami pergi ni suasana musim luruh …hanya nampak segelintir sahaja pokok-pokok yang tinggal masih berwarna…selebihnya semua berwarna kuning dan ada terasa sesekali salji seakan mulai nak turun…dapat rasa dan lihat salji mulai berada di bunga-bunga…



kesejukan di Nami Island tidak menghalang kami meneruskan penggembaraan disitu…nasib baik disitu ada satu kawasan dimana ada satu unggun api dipasang untuk pelawat memanaskan badan…




masa ni memang nampak berbagai-bagai pelancong dari beberapa negara mulai datang ke sini…sedikit demi sedikit ramai pelancong yang datang…ada jugak group dari Malaysia berbangsa chinese sempat tegur kami sewaktu shooting dan sempat bergambar dengan artis kami…



Di pintu masuk Nami Island ada satu tanda yang dipenuhi oleh kayu-kayu untuk pelawat menulis tanda bahawa mereka pernah kesini..malah tidak lupa juga ada yang dah stanby bawa dari tempat masing-masing untuk dipahat diletakkan disitu tand cinta mereka pernah datang kesitu…sesiapa saja yang datang rugilah jika tak pahat atau tulis nama di situ sebagai kenangan…..kebanyakan kayu dan botol dihasilkan oleh pengunjung ke pulau ini dikitar semula...




Apa yang aku diberitahu Nami Island adalah sebuah pulau yang bernama Namiseom, pulau ini ditubuhkan akibat pembinaan empangan Cheongpyeong, ia adalah kubur General Nami yang membawa kemenangan besar terhadap pemberontakan dalam tahun 13 raja 7 Dinasti Joseon, Raja Sejo…
ia terkenal dengan barisan pokok-pokok yang besar dan indah sekitar pulau, malah ditengah-tengah pulau ada padang rumput yang cantik, tapak perkhemahan, kolam renang dan kemudahan sukan air malah terdapat kemudahan penginapan Vila dan Banglo jika sesiapa yang ingin menetap disini..








Nami Island juga dikenali sebagai tapak lokasi filem Winter Sonata dan Riverside Song Festival, ia telah menjadi satu daya tarikan pelancong semakin meningkat kerana kejayaan drama korea ....









Kami shooting disini sehingga malam dan buat pengetahuan semua pada waktu malam semua lampu dimatikan dipulau agar pelawat dapat merasakan keindahan alam semulajadi dibawah cahaya bulan dan bintang...










Begitulah selama 10 hari berada di Korea memang banyak pengalaman yang aku pelajari...dari segi kebudayaan, masyarakat, kebersihan dan pengangkutan membuat aku sedar betapa setiap negara mempunyai identiti dan pandangan berbeza...walaubagaimana pun aku tetap kagum dengan tempat asal usul ku...

I CHOOSE MALAYSIA....

Ingin melihat tempat menarik seterusnya 

Terima Kasih datang melawat....

1 comment:

Quang Nguyen said...

Lunito Friv is big directory flash games online free for kids. My site add new-best games from Friv, Kizi, Y8, Yepi... Visit and play now, free for fun at Lunitofriv.com! - http://www.lunitofriv.com/

Relevant textual alternative to the image