.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

ISTILAH AYAT TERPESONG

Salam,
Korang pernah tak dengar beberapa ayat-ayat yang terpesong mengikut kepercayaan orang dulu-dulu mahu tua atau pun muda..sampai kan aku tahu semua tu tak benar cuma dah terbawa-bawa sampai besar...contohnya :

" Mainlah seruling malam-malam nanti ular masuk"
Ok jom kita fikirkan bersama...

MERAMAL NASIB DENGAN MEMBACA GARISAN TAPAK TANGAN


"Tok! Boleh tok tolong tgk kan tapak tangan saya ni tak? Adakah saya ni bakal membawa keuntungan kaya raya.."

"Hmm dalam firasat tok la, apa yang tok nampak kamu ni memang bakal membawa keuntungan tapi bukan kaya raya tapi membawa keuntungan sial..kamu ni kena mandi dengan air kerbau beremdam, tak pun kamu bagi je anak dara kamu tu pada aku pandailah aku ejust nasib kau ni..."

Penyihir dan tukang tilik boleh mengetahui nasib dengan membaca garisan tapak tangan 
Ianya bertentangan !!!

Nabi s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang pergi kepada tukang tilik atau dukun lantas membenarkan apa yang dikatakannya, maka dia telah kafir pada apa yang diturunkan kepada Muhammad"

Oleh itu kita tidak boleh pergi berjumpa tukang tilik atau bomoh , membaca garisan tapak tangan...sebab ramai sekarang ni terlalu pengaruh dengan nasib dan kepercayaan kira-kira tentang bulan dan tarikh kelahiran...

BANYAK KETAWA MENIMBULKAN PETAKA
Pernah tak dengar bila kita sedang borak diikuti dengan ketawa yang terbahak-bahak sampai susah nak berhenti..pastu ada mulut akan menyapa :

"Kau tahu mat, semalam boyot ditampar berkali-kali oleh sipeah senget tu ditaman, disangkakan piah yang menunggunya di tanam tu rupanya si peah senget, apalagi tertelam gigilah dibuatnya dipeah tu hahahahhaha"

"Hahahhahahahahahahahahahh...."

"Betul ke ni mat, kesian kannnn hahahhahahahahah..."

"Wei kau ni janganlah ketawa sangat mesti nak jadi apa-apa ni..hahhahahahahah"

"Kenapa lak, orang kata suka sangat ni ada benda nak jadi ni.."

"Hahhahhahahhaahha...."

Kerana terlalu leka ketawa mat tiba-tiba menjadi biru jatuh rebah ketanah, bukan apa sebab sambil dia ketawa tadi tercekik tulang ayam sambil makan..

Kepercayaan ini tidak benar, akan tetapi sepatutnya kita mengetahui bahawa banyak ketawa juga dilarang oleh Nabi s.a.w..

Nabi s.a.w bersabda :
" janganlah kamu memperbanyakkan ketawa , kerana banyak ketawa itu mematikan hati"

SAPU RUMAH PADA WAKTU MALAM MENBAWA KEMISKINAN

"Hish kau ni kenapa tipah, kalau ye pun nak menyapu tu, yang kau dok menyapu dengan aku sekali ni kenapa...buang tebiat nak mampus ka..."

"Hah abang tu yang tak nampak ke orang sedang menyapu ni, buat bodoh je taknak beralih kenapa..."

"Eh eh eh awak ni pun satu, siang-siang taknak menyapu, bila dah malam masa tu la sibuk nak menyapu lah nak mengemaslah...siang-siang awak buat apo? Dok sibuk mengumpat kat taman tu!!

"Hish abang ni, banyak soal plak, bangun lah saya nak menyapu ni, senang sapu malam, esok bangun senang boleh rehat layan drama kat astro.."

"Dah!dah! Berhenti tak baik menyapu malam-malam ni rezeki tak masuk..orang kata boleh miskin menyapu malam ni.."

Ni semua pun hanya anggapan sesetengah orang yang percaya lagi semua ni..sedangkan ianya hanya mitos orang dulu-dulu Rezeki yang tak datang bukan kerana penyapu, tapi kerana sifat kita yang malas atau tidak mahu berusaha...

WANITA DILARANG MENCABUT KUMIS ATAU JANGGUT


" kau buang tabiat ke dok simpan kumis gan janggut kau tu, dah serupa jantan dah aku tengok"

"huh biarlah!! tu yang kau tak tahu kita perempuan dilarang mencabut bulu tau..tu yang aku simpan ni..tak baik tau cabut bulu ni haram!!

"Ek eleh kau ni, kau ubah diri kau macam jantan berpakaian dan gaya cam jantan ni tak haram plak ye...?

Wanita boleh membuang kumis dan janggut jika kelihatan, kerana ini sebagai menggembalikan bentuk ciptaan kepada yang asli bukan mengubahnya...hah fahamkan betul-betul ya ayat tu...

MENYELITKAN PISAU DIPINTU RUMAH UNTUK HALAU SYAITAN

"Anak aku asyik nangis je sekarang, macam mana aku nak buat ye"

"Tu tentu dikacau oleh syaitan tu, apa kata kau letak pisau didepan pintu rumah kau untuk halau syaitan...."

"Ya ka...kalau cam tu aku balik dulu la, aku buat sekarang jugak!!"

"Hei-hei nantilah dulu..air ni sapa nak bayar?hish kenapa aku gatal mulut nak bagitahu ye.."

Begitu cetik pemikiran mereka sedangkan dengan membaca surah Al-bagarah syaitan tidak akan masuk ...
Bahawa rasullullah s.a.w bersabda:

Janganlah kamu menjadikan rumahmu sebagai kubur, sesungguhnya rumah yang didalamnya dibacakan surah Al-bagarah tidak akan memasuki oleh syaitan..

ORANG YANG MATI TEMPAT TERTENTU AKAN JADI HANTU


"Kau berani duduk kawasan tu bob, dulu kawasan tu pernah ada kes pompuan mati bunuh diri, ramai yg dah nampak kelibat hantu pompuan tu merayau-rayau disitu"

"Hmm ya ka takutnya aku...tapi aku lagi takut dengan manusia yang macam hantu seperti kau hahahahh!!!"

Orang yang mati terbunuh atau bunuh diri akan menjadi hantu dan kembali ke tempat asal dimana dia dibunuh atau terbunuh..ini adalah Khurafat yang tidak ada asasnya, baik dalam alquran mahupun Sunnah, ini hanyalah halusinasi yang dimasukkan oleh syaitan kedalam benak hati manusia..

MAYAT AKAN DISAKITI OLEH ORANG YANG MEMBURUK-BURUKANNYA

"kau tahu nyot masa arwahnya masih hidup dulu, adoi porak peranda kampung kita ni..habis jenis segala dara dia nak korbankan..termasuk jugak bini aku hampir-hampir dibaham syaitan tu"

"Huh kau ni tak baik cakap tentang buruk orang yang dah takda, tak tenteram mayat si bedul tu dibuatnya.."

Korang pernah dengar tak dailoque macam ni..
Sebenarnya ini adalah kepercayaan yang salah..yang mengatur alam ini adalah Allah s.w.t akan tetapi kita sepatutnya tidak memburuk-burukan simati yang telah meninggal dunia..

Nabi s.a.w bersabda:
"Janganlah kamu semua menyebut tentang orang yang sudah mati diantara kamu semua, kecuali kebaikan"

Hmmm aku rasa korang semua pun pernah laluinya kan...cuma tak faham ade juga yang masih percaya lagi semua ni...

Fikir-fikir kan lah ye ...

No comments:

Relevant textual alternative to the image