.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MELAWAT ORANG MINYAK DAN TETAMU TAK DIUNDANG

Kali ni kami ke johor ke Syarikat terbesar Malaysia Marine & Engineering Sdn Bhd yang terletak di Daerah Pasir Gudang..


Lawatan kami kesana kerana urusan kerja penggembaraan Safety Video untuk Syarikat tersebut..


Syarikat ini adalah pembekal perkhidmatan kejuruteraan  berat memberi tumpuan kepada sektor minyak dan gas, Syarikat ni juga menyediakan kejuruteraan dan pembinaan,penukaran marin dan perkidmatan pembaikan marin, ia juga diiktiraf bagi kepakaran dalam pembaikan kapal dan sebagai pusat sehenti untuk penukaran marin..


Apa yang menarik minat aku bila melihat sendiri para engineernya melakukan tugas yang berat dalam keadaan cuaca yang panas , manakala aku hampir nak pengsan nak menghadap cuaca panas ni..no wonder la orang yang kerja oil & Gas ni gajinya mahal..sebab kerja mereka ni bahaya dan memerlukan safety yang tinggi..


kalau akulah kerja kat sini rasanya tak sampai sehari sure dah jatuh sakit hahha...apa pun penggembaraan kami berjalan lancar walaupun dalam keadaan cuaca yang terik lebih lagi menetap sebilik disebuah hotel yang menpunyai penumpang yang tak diundang, hingga pesta sakan menghisap darah aku hingga lebam-lebam satu badan...(seramkan hehehe)


Masa first je mask bilk tu dah ada bau yang kurang menyenangkan, bila dah masuk dah taknak keluar bilik dah, rasa malas dan lembap..setiap malam tak boleh tido rasa ada orang sedang perhatikan kita bila azan subuh baru boleh tido..


Sampai KL pun masih tak leh tido, hingga aku meraung menanggis sebab dah terlalu penat menahan mata tak leh tido..bila kedengaran ayat alquran orang mengaji je aku jadi tak tentu arah, hati jadi sempit, nafas tersekat-sekat, fikiran bercelaru rasa masa tu macam nak berguling je, tapi aku kuatkan semangat melawan aku membaca lagi beberapa ayat penghalau syaitan dan jin..tiga hari turut-turut rumah kedengaran orang mngaji barulah aku jadi sihat dan boleh tido, tapi badan still lebam-lebam ada..


Susah untuk beritahu macam mana rasa waktu tu, tapi selagi fikiran kita masih lagi boleh mengawal perasaan dan ingat pada Allah, ia akan sentiasa menolong kita..insyallah..

No comments:

Relevant textual alternative to the image