.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENCARI CINTA SONATA DI HAN RIVER PARK & SEONYUDO PARK KOREA

Pagi-pagi lokasi kami hari yang ke 4 di Korea adalah di WET MARKET....cuaca masa ni begitu sejuk sekali 4 darjah celsius, bercakap je asap keluar dari mulut, muka dah naik beku kesejukan pagi tu, tapi bayangkan pula peniaga yang menjual di sini bermain dengan air setiap masa, hingga aku tengok tapak tangan serta jari -jemari mereka kelitan mengecut dan kebiruan...tapi mereka relax je....



WET MARKET ni memang terkenal disini, bermacam-macam kehidupan laut dijual disini, bukan kecik anak semua, malah yang besar-besar, fresh dan pelik-pelik...tapi peniaga di Wet Market ni semuanya bahasa kurang ajar sikit, mereka tiada lansung budi bahasa, cakap pun style nak marah-marah....contohnya kalau korang pegang-pegang jualan mereka tanpa membeli, sesetengahnya akan marah-marah dan halau dari tempat mereka...tak pun dia cakap bahasa yang korang tak faham...malah mereka sesama mereka pun bercakap seakan bergaduh dengan memek muka yang korang akan menyampah...kemungkinan besar mereka ni terlalu stress hidup dalam cuaca sebegitu, hingga bercakap macam nak bergaduh...dan mereka tiada lansung reti istilah " Sorry" jika berjalan terlanggar kita atau apa saja...





Selepas itu kami ke HAN RIVER PARK berdekatan dengan BUILDING 63 yang paling tinggi di Korea, HAN RIVER PARK adalah sungai utama di Korea Selatan sungai ke 4 terpanjang disini......sepanjang tebing sungai disediakan laluan pejalan kaki dan laluan basikal, malah disini juga ade Restaurant dan Cafe....permandangan yang indah menampakkan panorama indah disekeliling Han River ni begitu luas mata memandang, lebih lagi ia berdekatan dengan BUILDING 63 iaitu bangunan tertinggi di Korea dengan 63 tingkat setinggi 264m....Bangunan 63 menyediakan taman Sea World, Imax Teater, Restaurant Buffet Korea terbesar yang bergelar " Buffet Pavilion" dan pelbagai Restaurant lain....













Dan terakhir lokasi seterusnya ke SEONYUDO PARK di Yangwhadong, sebuah Taman Botani Akuatik yang sangat popular kedatangan pelawat kerana landskap dan struktur yang unik setiap taman kecil yang menpunyai bunga bermusim dan pelbagai tumbuhan....








Terdapat satu tempat untuk kanak-kanak boleh bermain didalam air yang ditapis dengan selamat...Taman Tiang Hijau adalah kawasan dimana orang ramai boleh berehat sambil menikmati tumbuhan menjalar melingkari tiang sebelum ini didalam tangki air...terdapat juga kemudahan lain seperti Teater, Kafetaria, Hutan Birch Putih dan Jalan Poplat Bulat..





Juga terdapat sebuah jambatan untuk berjalan kaki menghubungkan ke Taman Yangpyeong-dong Han River Rakyat...ia juga dikenali sebagai jambatan Rainbow kerana lampu yang berlainan warna yang dipasang dibawah jambatan, mencantikkan suasana malam...








Tetapi apa yang menarik disini...korang boleh lepak bersantai disini dengan bebasnya diatas tanah mahupun rumput kerna begitu susah untuk melihat sampah sarap disini, malah tong sampah juga tidak banyak kelihatan tetapi kawasan ni begitu bersih tanpa ade sebarang sampah yang dibuang oleh orang awam...malah toiletnya terlalu bersih seperti berada didalam toilet hotel....Korea begitu menjaga kebersihan negaranya...dengar cerita mereka akan didenda jika buang merata-rata , malah denda yang dikenakan begitu tinggi, that why rakyatnya takut dan patuh pada arahan...juga lansung susah hendak nampak orang merokok didalam taman...yang itu aku begitu kagum cara hidup mereka...kalau taman di Malaysia hmmm takyah lah aku bagitahu korang sendiri boleh tahu macam manakan....


Aku pun dah penat, sempat curi masa update sementara menunggu orang shooting...so selepas ni Hari ke 5 di Korea ......

KOREA - Day 5 Paju Book City

  

No comments:

Relevant textual alternative to the image