.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENCARI CINTA SONATA DI HONG DAE AND GWANGHWAMUN


7:00am : Suhu menunjukkan 3 Celsius pagi tu..bayangkan sejuknya bagaimana, berlapis-lapis pakaian dikenakan untuk menutup sejuk...kami semua diarahkan berkumpul di depan Hotel sebelum dibawa ke HONG DAE  location shooting kita seterusnya....


Perjalanan dari Gangnam ke HONG DAE mengambil masa 20 minute sepanjang perjalanan tu kami dapat menikmati permandangan kota Seoul yang begitu terancang dan bersih...lebih lagi ketika ini musim luruh...lebih kurang hampir nak ke HONG DAE kami berhenti sekejap mencari location yang berdekatan dengan subway dan trafik light, masa yang diberi tidak lama, so kami begitu pantas untuk habiskan scene disitu, semuanya berjalan lancar lebih lagi disupport dengan artis yang berpengalaman banyak membantu untuk menpercepatkan situasi shooting disitu...






After that kami terus dibawa ke lokasi HONG DAE...HONGDAE dikenali kerana seni bandar dan  budaya muzik Indie, kelab dan hiburan..ia berdekatan dengan University Hongik yang terkenal dengan koleq seni berprestij..Terdapat bermacam-macam club disini dan bila datang waktu malam jangan terperanjat kerana diterangi lampu-lampu neon club,bar dan restorant menerangi kawasan tersebut...disini juga terdapat deretan kedai-kedai kecil menjual pakaian dan accessories yang cantik-cantik, harga pun berpatutan....





Hampir sejam shooting kami berhenti sekejap untuk makan tengahari yang dimasak oleh Intan Hasanah yang dibawa dari Malaysia hanya sedia untuk dipanaskan sahaja...walaupun tak semewah seperti di Malaysia tetapi kami enjoy dan kenyang, maklumlah makanan di Korea ni semuanya mahal dan susah untuk cari yang halal...bersyukor jugalah dengan apa yang telah disediakan....




Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya GWANGHWAMUN..
GWANGHWAMUN bermakna pintu dimana cahaya mulia Raja dan budaya bersinar pada negara dan bahawa segala hasrat ,pesanan beliau pada rakyat harus adil dan saksama...ia juga dahulu dikenali sebagai Jeongnam lalu dinamakan semula GWANGHWAMUN semasa pemerintahan Raja Sejong.....





Dipintu masuk dataran tersebut terdapat patung-patung tinggi tersergam indah seperti seperti Raja Sejong dan patung Admiral Yi Shun-Shin adalah daya tarikan pelancong kesini,  berlatar belakangkan dengan permandangan yang indah Gyeongbokgung Palace dan Gunung Bukaksan tersergam indah menjadi panorama Dataran terserbut...malah disediakan  kemudahan penginapan untuk pelawat, Dewan Pameran, Lif, Plaza Rendezvous dan Galeri Seni...






Disitu juga dipenuhi Bangunan-bangunan Enam kementerian yang dirujuk sebagai Yukjo..
Bila malam kawasan ni diterangi dengan lampu-lampu menghiasi Dataran tersebut...
WARNING : Di larang merokok disini, anda akan dikejar dan dihalau keluar dari Dataran....



Kami shooting disini sampai malam...suasana malam memang amat sejuk sangat...dah tahap menggigil dan beku, sampai takut nak bukak glove sebab akan terasa sakit...sejuknya tahap boleh membunuh hahahha....bertambah-tambah jacket yg diberi padaku untuk memanaskan badan kerana takut aku sakit, sebab aku kurang darah dalam badan...

After that semua pun dah penat, shooting pun dah selesai disini maka kami pun dibawa pulang ke Hotel...suasana dalam Bas sunyi sepi sebab semua dah terlelap kepenatan...

NOTED: Nantikan Korea Day 3 ...

Terima kasih kerana sudi singgah...

KOREA - Day 3 Itaewon & Bukchon Hanoq Village

No comments:

Relevant textual alternative to the image