.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENCARI CINTA SONATA DI ITAEWON & BUKCHON HANOQ VILLAGE

Seperti biasa kami dimestikan berkumpul di hadapan Hotel menunggu bas datang jemput, satu demi satu turun dengan muka sedikit kepenatan mungkin kerana tak cukup tido lebih lagi dengan cuaca yang sejuk begini sepatutnya masih berada diatas katil menikmati tido yang lena, tapi kerana tugas dan tanggungjawab , terpaksa gagahkan jugak....

Lokasi penggambaraan pertama pada hari ini ke ITAEWON...Ia adelah sebuah tempat yang menarik dan banyak pelancong kesini..disini banyak terdapat kedai-kedai menjual pelbagai barang , Restaurant pelbagai budaya masakan yang halal dan tidak halal dan gerai-gerai tepi jalan yang menjual pelbagai barang mengikut harga yang begitu murah sekali...apa saja korang nak cari semua ade disini, kerana itu ITAEWON digelar sebagai tempat perlancongan daerah khas....



Di sini juga ade sebuah Masjid, ketika kami shooting didepan Masjid tersebut, kami berpeluang nampak beberapa orang Malaysia sedang berborak dengan Pak Guard yang menjaga Masjid tersebut, nampak seperti mereka sudah biasa disini dari segi keramahan mereka dengan pak guard itu..mungkin mereka pelajar yang di hantar kesini...no wonder mereka mengenali antara satu sama....



Setelah selesai shoot di masjid kami diberi beberapa masa untuk berjalan disini...masa yang diberi kami guna sebaik mungkin dengan mencari restaurant halal yang menjual kebab memang banyak disini....kami makan sepuasnya kerana hanya disini senang nak cari makanan halal....bukan itu juga sempat membeli sehelai jacket kulit Harley Davidson yang berharga won 200 (RM 600)....bagi kami adelah berbaloi cuz kalau di Malaysia dijual hampir mencecah seribu ringgit.....




Selepas itu kami menuju ke daerah BUKCHON HANOK VILLAGE, ia adelah sebuah kawasan perumahan tradisional sejarah dan warisan budaya dari zaman Dinasti Joseon....Bukchon yang bermaksud " Kampung Utara " kerana ia terletak dibahagian utara Cheonggye Stream dan Jongno...ia juga terkenal sebagai tempat kediaman pegawai kerajaan yang berpangkat tinggi dan keluarga di raja....sekarang Hanoks popular sebagai pusat kebudayaan. Rumah tumpangan, restaurant dan rumah tea...serta tempat pelancongan agar dapat mempelajari budaya tradisonal Korea...






Untuk menikmati permandangan perkampungan disini dengan lebih luas, kena berjalan kaki menaiki jalan yang berbukit semakin lama semakin tinggi dan agak meletihkan juga tetapi kepenatan itu hilang kerana sepanjang perjalanan itu kita boleh melihat hiasan rumah-rumah sejak zaman beratus tahun dahulu...




Lemak pun dah banyak keluar, mula terasa kepanasan sedikit kerana berjalan tadi...lebih lagi cuaca hari ni tidak berapa sejuk sangat...kami semua terlepek sekejap dalam bas sementara menuju ke lokasi seterusnya iaitu...

AHYEON - DONG STREET sebuah kawasan yang mempunyai lebih 2000 kedai-kedai yang menjual pakaian perkahwinan, bermacam-macam gaya yang unik serta harga yang berpatutan membuatkan ramai pelancong kesini untuk mencari pakaian perkahwinan yang terbaru...oleh itu serta merta menjadikan kawasan ini sebagai "Syurga Penggantin"



Kami tidak lama shoot disini, lalu kami ke sebuah area dimana terdapat sebuah kawasan ala-ala Petaling Street ...barang-barang disitu pun begitu menarik yang banyak tidak ade di Malaysia...bukan setakat itu malah disitu juga ade kedai-kedai yang menjual barangan  branded juga...senang cita segalanya senang disini, apa saja semua berada disini dari yang murah sampai yang mahal....aku sempat membeli beberapa hadiah untuk dibawa balik ke Malaysia semuanya belum masuk ke Malaysia lagi..seperti rain boot Timberland....


Dalam pukul 8 malam kami semua bergerak balik ke Hotel...wah nampak semua tak lepaskan peluang shooping disini...bermacam-macam barang yang dibeli...memang seronok di Korea ni kerana ia memang mewah dengan dunia fashion...sekarang ni juga banyak fashion dari Korea masuk ke Malaysia seperti Uniglo...yang sememangnya dimana-mana uniglo memang banyak disini...harga yang dijual disini sedikit mahal dari di Malaysia...so sendiri fikirlahhhhhh....

No comments:

Relevant textual alternative to the image