.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENCARI CINTA SONATA DI KYUNGHEE PALACE

Hari ke 7 di Seoul cuaca begitu baik, barulah nampak kelibat sang matahari menyinari Seoul...walaupun suhu disini seperti biasa sejuk tetapi kerana matahari ada kuranglah sejuk sikit...demam aku pun beransur ok sebab semalaman aku berkuap dalam bilik dengan suhu kepanasan heater mencecah 30 celsius....

 


Pagi tu kami semua dibawa ke sebuah Istana lama KYUNGHEE PALACE...
KYUNGHEE PALACE di bina pada tahun 1616, ia adalah sebuah istana lama dari zaman penjajahan Jepun...oleh itu senibina istana yang masih kekal tinggal ke hari ni korang boleh nampak lagi seperti tangga batu, pintu utama dan ukiran kepala naga masih lagi kelihatan...tetapi istana ini masih lagi dalam keadaan baik, menurut kata production coordinator kami dari Korea ni...Kyungghee Palace adalah salah satu istana isteri Raja yang ke 4.... Didalam istana ni terdapat ruang yang luas dan ditengah-tengah pintu masuk hanya Raja sahaja dibenarkan berjalan disitu....disisi jalan tengah terdapat batu-batu adalah tempat menteri-menteri di Raja berdiri mengikut pangkat...












Selepas itu kami dibawa ke lokasi seterusnya MUZIUM KIMCHI FIELDS...
Ia adalah sebuah muzium sejarah mengenai pembuatan kimchi, pelbagai info berkaitan Kimchi seperti pelawat boleh melihat model Kimchi setiap tahun dalam tempoh pembuatan...bagaimana cara membuat lada panas Kimchi, bahagian proses membuat Kimchi malah pelawat boleh melihat model 80 jenis Kimchi termasuk info resepi dengan gambar dan info setiap item...disamping itu terdapat maklumat tentang apa jenis rempah yang digunakan sebelum pakai lada merah dari Jepun dan Korea...








Selain itu disini juga ada menyediakan proses membuat Kimchi langkah demi langkah...malah pelawat boleh merasa sendiri contoh Kimchi yang disediakan untuk pelawat...aku tak lepas peluang turut merasa contoh Kimchi yang diberi...memang sedap...dengar cita lagi lama lada tu diperam lagi sedap rasanya...hmmm kalau datang Korea tak rasa Kimchi rugilah.....










Terakhir sekali lokasi kami ke DONGDAEMUN... Hah ini tempat yang paling kami suka...
Dongdaemun Market adalah pusat membeli-belah di Seoul yang paling popular..ia juga ditetapkan Zon Pelancongan Khas...kiri-kanan dikawasan Dongdaemun ni penuh dengan Pusat membeli belah...malah barang-barangnya murah di sertai dengan pelbagai fashion terkini memang rambang mata dibuatnya bila berada disini , sebab tak tahu mana yang ingin dibeli...kami diberi masa dari pukul 5pm - 8pm untuk shooping disitu...
So tanpa buang masa semua lenyap hilang entah kemana, masing-masing semua bawak haluan sendiri hmmm biasalah .....




So jika ke Korea tempat yang mesti korang pergi adalah di Dongdaemun...sure korang tak ingat masa nak balik, cuz tempat ni dibuka sampai 4am...memang best!!!!
And aku, Beego, Intan and Tiar sempat lakukan aksi Tarian Gangnam Style disini..videonya masih dalam editing lagi...
Apa pun seterusnya hari ke 8 kami di Insadong and Gangnam...
Enjoy the reading...

No comments:

Relevant textual alternative to the image