.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENCARI CINTA SONATA DIBUMI SEOUL KOREA



Kali ni aku join Team Drama Episode "MENCINTAIMU"  iaitu Saipul ( Executive Producer), Intan Hasanah ( Production Manager ), Ekin Zainal ( Asst Director), Azizi Adnan ( Director), Rafi Cameraman), Shafik ( Audioman), Beego, Intan Ladyana dan Farah menuju ke Kota Seoul Korea untuk Shooting Drama Episode "Mencintaimu" selama 10 hari disini..

Semua berkumpul dan check in pukul 8:30pm agak kelam kabut sikit masa check in barang tu sebab almaklumlah masing-masing semua membawa muatan yang lebih...so bayangkan je la macam mana situasi masa tu....tapi semua under control...


Kami terbang ke Korea dalam pukul 11:30 pm, dalam flight tak leh tido, badan sakit-sakit, selama enam jam aku gelisah ..aku tengok yang lain semua lena membuat kilang air liur...jeloussss sangat...

Sampai INCHEON AIRPORT pukul 6:00am , kami disambut oleh wakil Agency Perfileman Korea iaitu Kim dan Tiar selaku Production Coordinator yang akan menunjukkan location untuk shooting...sampai je kami terus memulakan shooting untuk scene Airport, waktu untuk shooting di Airport diberikan selama 2 jam sahaja...masa yang diberikan amat berharga buat kami untuk habiskan scene di Airport, maksud aku kalau dia kata 2 jam, 2 jam lah kena habiskan, kalau tidak dah kena move location lain...lansung takda bagi muka...orang Korea ni amat pentingkan masa, teliti dan precise......






Selepas itu kami dibawakan ke CHEONGYECHEON dengan menaiki sebuah guest bas yang begitu selesa dan sebuah Van untuk membawa segala equipment shooting yang disediakan untuk perjalanan kami semasa berada di Korea..dari Airport untuk ke Cheongyecheon makan masa selama 1 jam perjalanan, so aku yang dah rabak tak cukup tido ni sempat lelapkan mata sekejap....




CHEONGYECHEON adelah Sungai 8.4km panjang yang terletak di pusat bandar Seoul..dihiasi dengan rekaan yang amat menarik dan cantik,Kamu juga boleh berjalan sepanjang tebing sambil melihat keindahan pohon hijau disitu serta menikmati kebersihan air sungai yang mengalir serta ikan, itik berenang-renang kegembiraan, malah disediakan tempat duduk kayu untuk duduk menikmati suasana disitu berserta air terjun berirama dan patung-patung di tengah sungai... sapa yang kesini akan merasa teruja melihat keindahan sungai tersebut ala-ala kawasan Longkang sungai Klang..tapi di sini lain, korang boleh lepak-lepak malah boleh main rendam-rendam kaki lagi....









Suhu cuaca menunjukkan 7*C , kami dah mula start memakai kelengkapan baju sejuk, aku masa tu boleh dikatakan tahap menggigil jugaklah, maklumlah aku ade penyakit kurang darah, so berlapis-lapis jugaklah aku pakai jacket sampai dah macam hantu bungkus dibuatnya...walaubagaimanapun aku tengok artis dan team yang lain walaupun menahan sejuk tapi tetap steady.....




Habis je shooting disini kami semua bergerak menuju ke sebuah Hotel Apartment dikawasan Gangnam iaitu Human Starwill ...Hotel ni adelah sebuah Studio Apartment, sebahagiannya telah dijadikan Hotel...kelengkapan dalam setiap bilik disediakan Washing Machine, TV Computer, kelengkapan memasak, boleh dikatakan macam duduk dalam rumah sendiri..


Habis je kemas barang , aku ambik kesempatan melelapkan mata sementara menunggu makan malam, sedar-sedar jam menunjukkan pukul 6:00pm tapi dah gelap...Untuk pengetahuan waktu siang di Korea terlalu cepat, dalam Pukul 5:00 petang dah nak malam....so akan terjadi peralihan sangap sekejap untuk serasi dengannya..

Pukul 7:00pm kami ke Gangnam street untuk mencari makan malam...kami berjalan kaki dari Hotel untuk sampai ke Gangnam Street ni...jauh memang jauh tapi kerana cuaca sejuk tak terasa kepenatan lansung...suhu masa ni 6*C , agak tercungap-cungap jugak lah dibuatnya...

Disini memang Kota Kemewahan...barang-barang semua agak mahal sedikit...tapi kena pandai cari tempat untuk membeli, sebab ade setengah barang yang ade dijual di Malaysia agak mahal disini, ade jugak yang murah disini mahal di Malaysia....tapi kalau nak cari yang murah kawasan ni...sedar tak sedar ade satu subway disini dimana banyak kedai-kedai dibawah menjual barang-barang murah dan bermacam-macam fashion ade disini...memang akan buat korang rambang mata...




After Dinner makan Roti di Cofee Beam, kami terus berjalan kaki semula balik ke Hotel...sebab esok call time pukul 7:00am
Delaila Adnan : Nantikan Hari Ke Dua Di Seoul...

No comments:

Relevant textual alternative to the image