.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENJEJAKI CINTA SONATA DI NAMSAM TOWER

  DAY 6
Hari yang ke 6 suhu di Seoul agak sejuk menjunam jatuh ke 3 celsius...aku yang masih ada sedikit demam terpaksa memakai berlapis blazer untuk memanaskan badan...walaupun masih deman tetapi terpaksa ikut sekali kerana tidak mahu ketinggalan melepaskan peluang untuk ke Namsan Tower....











NAMSAM TOWER  adalah sebuah tempat yang dibina pada tahun 1969 sebagai menara komunikasi televisyen lalu dibuka pada umum 1980 dengan ketinggian 236.7m....







Untuk ke Namsan Tower terdapat dua jalan iaitu dengan menaiki kereta kabel terus ke menara tower ataupun dengan kenderaan sambil menikmati permandangan kota Seoul yang boleh dilihat dari atas....Menara ini mempunyai kedai cenderahati dan restoran untuk penggunjung....malah di bahagian atas menara terdapat restoran berputar dan pelawat boleh pergi ke bahagian atas menara dengan dikenakan bayaran masuk untuk orang besar sebanyak 8,000 Won, manakala kanak-kanak 5,000 Won ketika ini...











Apa yang menarik lagi di Namsan Tower terdapat tempat dimana disitu terdapat berpuluh-puluh ribu padlocks yang digantung oleh pelawat yang datang kesini sebagai simbol kasih sayang...aku serta yang lain tidak ketinggalan sama meletakkan padlocks yang dibawa dari Malaysia untuk digantung disini sebagai simbol kasih sayang bahawa kami pernah ke sini....











Shooting kami pada masa ni berjalan lancar, walaupun makin ramai pelancong yang datang tidak menggangu perjalanan shooting kami, malah dalam ramai-ramai
 pelancong yang datang ada juga terserempak dengan pelancong dari Malaysia dan sempat berborak malah mereka juga tidak ketinggalan bergambar dengan artis kita orang...









Sepanjang hari shooting kami hanya disini, masuk je ke petang hujan mulai turun renyai-renyai...tetapi tidak lansung menghalang dari pelancong terus menerus datang kesini...memang seronok berada disini, tetapi kami tidak ada peluang untuk menerokai keseluruhan tempat di Namson Tower ni kerana sedang berkerja..oleh itu untuk mengetahui lebih lanjut apa yang menarik lagi di sini boleh click disini

No comments:

Relevant textual alternative to the image