.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENJEJAKI MISTERI SANGKURIANG DI BANDUNG

DAY 1

Sempena Cuti Merdeka baru ni kami memilih Kota Bandung tempat distinasi kami seterusnya..
Pada mulanya planning kami nak ke Langkawi maklumlah kami tidak mempunyai cuti yang panjang..itu je lah tempat yang boleh keluar dari KL untuk berehat, walupun dah banyak kali kesana, tetapi oleh kerana nak kuar jugak dari Kuala Lumpur ni, so Langkawi pun Langkawi la...
Tiba-tiba planning kami bertukar...so hanya mengambil masa 15 minit berfikir di KL Centre tu , akhirnya tanpa lengahkan masa kami menuju ke Counter Airasia yang terletak Di Tingkat Satu KL Centre membeli tiket Ke Bandung...situation macam ni dah selalu berlaku, kami akan tukar plan bila-bila masa je..that why lah kami tak suka plan awal-awal..hehehehh


Tiket penerbangan kami dijadualkan bertolak Pukul 6:30 ptg, so kami ada 5 jam lagi untuk berlegar-legar di KL Centre, setelah selesai Lunch kami bertolak menaiki bas menuju ke LCCT, aku macam biasa mana boleh duduk dalam bas pasti sempat buat kilang taik mata la zzzzzzz...


Sampai je LCCT kami terus Check In barang then lepak minum at Cafe disitu lebih kurang Pukul 4:50 ptg kami Check In masuk ke Terminal...ramai jugak orang hari tu flight aku pun penuh orang nak ke Bandung..tapi kebanyakannya semuanya orang-orang Indonesia yang berkerja disini dan ingin pulang ke kampung halamannya, rakyat kita hanya ada seberapa kerat je....


7:00 malam flight kami bertolak ke Bandung, kami macam biasa tak sampai beberapa minit sempat proses taik mata dan air liur zzzzzzz....


Bandung merupakan kota ketiga besar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya, selain itu Bandung jugak di sebut Kota Paris Van Java kerana keindahannya dan juga kota berbelanja dengan Mall dan Factory Outlet yang banyak di kota Bandung ini..Bandung Dikelilingi Oleh pergunungan dan berada pada aras ketinggian 768m diatas permukaan laut...bayangkan ¥£%&$ hehehe


Kami sampai ke Bandung lebih kurang pukul 9:00 mlm waktu Malaysia 8:00 malam waktu Indonesia...selesai Check Out kami menaiki Cab menuju ke Hotel, cuaca pada masa tu Hujan renyai-renyai, apa yang aku diberitahu oleh Pakcik Cab tu, Bandung dah lama tak hujan, hujan yang turun waktu tu adalah hujan buatan.....?????? aku pun tak pasti apa tu hujan buatan hahaha..tapi memang sekejap pun hujan tu turun...bayangkan duduk dalam cab yang takda aircond sesekali nampak pakcik cab tu lap-lap cermin nya yang dah berkuap...aduh aku yang duduk seat belakang pun seriau tak nampak jalan...."Ya allah selamatkan lah kami sampai Distinasi yang dituju" ....


Kerana dah malam susah nak cari Hotel maklumlah pergi pun main redah je...so kami sepakat menetap semalam disebuah Hotel berdekatan dengan Chempelas, keesokannya baru fikir nak cari Hotel lain...Hotel ni ok lah murah sesuailah untuk tido je semalaman..harganya pun tak mahal dalam RM 70 sahaja...

Setelah selesai sembahyang Ishak kami keluar mencari makan malam....waktu ni tengah sibuk lagi dikawasan Champelas so kami berjalan kaki dari Hotel ke Chiwalk..tak lah lama pun hanya mengambil masa dalam 15 minit je...


CHIWALK ni adalah sebuah Shopping Complex yang cantik di kawasan Champelas...ia ala-ala The Curve la, cuma cantik sikit lanskap di Chiwalk...barang-barang pun tak lah mahal sangat dan cantik-cantik yang tiada di Malaysia...


Kami dinner kat sebuah Restoran Masakan Minang yang kami tertarik dengan Tag Line Restoran tersebut yang berbunyi " Maafkan Rambo Mama............." diikuti dengan nama-nama masakan dalam menu yang begitu unik membuat kan kami ketawa terbahak-bahak ...sungguh kreatif Tokey Restauran tu untuk menarik pelanggannya...


Hmmm lauk semua habis licin dibedal oleh dua raksasa besar, perut pun dah sendat , mata pulak dah mendayu-dayu dari terus terlepek di Restauran ni kami pun ambik keputusan berjalan-jalan di area Chiwalk ni..suasana masa ni di Chiwalk tidak terlalu ramai sangat orang..


Kedai-kedai disini semuanya menarik perhatian...barang-barangnya pun boleh dikatakan menarik jugak....kalau pandai cari dan pilih pasti jumpa barang yang tiada di Malaysia..tapi ada sesetengah barang yang ada dijual di Factory Outlet ada juga dijual di Chiwalk dan harganya lebih mahal sedikit dari di luar...

Jalan punya jalan kami tertarik satu kedai yang menjual T-Shirt ala-ala T-Shirt Brand Cap Ayam di Malaysia...wowww Bandung pun ada juga T-Shirt brandnya sendiri yang diberi nama Gurita Ti Bandung....kami pun tak lepas peluang membeli beberapa helai untuk dibawa balik ke Malaysia sebagai kenangan...


Kaki pun dah tak larat lagi nak melangkah, badan pun dah terasa penat jam pun dah menunjukkan pukul 10:00 malam waktu Bandung, takut balik lambat-lambat ni bahaya pulak maklumlah kami bukannya biasa disini, berhati-hati kena sentiasa ada walaupun kemana saja kita berada..kami ambik Cab balik ke Hotel sebab dah tak larat nak jalan dah..
Masa ni baru terasa cuaca di Bandung sejuk, singgah sebentar di MacDonald beli air then balik terus ke Hotel...esok kena bangun awal cuz nak cari Hotel lain..so selesai je mandi tak ingat apa dah terbongkang zzzzzzzzzzz....

Nantikan Day 2 at Bandung.....pasti lebih menarik lagi...

No comments:

Relevant textual alternative to the image