.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENJEJAKI MISTERI SANGKURIANG DI CURUG OMAR

DAY 3
After Solat kami menuruni Bukit ke Daerah Rembang iaitu Air Terjun Maribaya..
Air Terjun Maribaya ni adelah salah satu tempat wisata yang popular di Bandung...kalau ke Bandung jangan lupa singgah sebentar ke sini untuk menikmati udara segar dan santai disini..




Di Maribaya terdapat lagi jalan menuju ke Air Terjun Curug Omas, Gua Jepang dan Goa Belanda, Plaza Monumen dan Curug Lalay..




Setelah hampir semput mendaki bukit akhirnya sampai juga ke Air terjun Curug Omar...Curug Omar berada didalam kawasan Taman Hutan Raya tanah Ir H.Juanda dilokasi Maribaya...Air Terjun ini memiliki ketinggian 30 meter dan kedalaman 10 meter yang berada di aliran Sungai Cikawari..





Sepanjang sekitar Air Terjun telah dipagari kerana cukup bahaya untuk pengunjung mendekatinya..Kalau terasa nak tengok lebih dekat boleh la menyusuri laluan batu yang telah disediakan...Air yang mengalir ke Curug Omar ni dikatakan datang dari letupan Gunung Berapi satu ketika dulu..






Ditanah lapang kawasan Berdekatan Curug Omar ni terdapat sebuah monumen dan laluan untuk ke Gua Jepang dan Goa Belanda, sebenarnya ini adalah salah satu cabang jalan untuk ke Gua Jepang dan Guo Belanda, lebih kurang 15 meter untuk ke situ...apa yang menyedihkan kami tak dapat kesana kerana masa tak mencukupi sedangkan itulah tempat yang paling ingin aku lawati katanya Goa Jepang itu banyak meninggalkan misteri, malah Rancangan Tukun Jalan-Jalan pernah membuat penggembaraan misteri disana...





Puas berjalan merentasi Air Terjun Curug Omar ni kami singgah sebentar disebuah gerai untuk menghilangkan dahaga sambil menikmati permandangan Air Terjun dan Hutan Belantara disitu..Ramai yang datang ketika ini bersama keluarga mereka, malah disediakan sewa tikar untuk bersantai dengan harga 50 sen duit Malaysia...





Jam menunjukkan hampir pukul 5 petang ,perut pun dah terasa lapar, maka itu aku ajak balik dan cari Restauran Nasi Padang di Town aje..senang lepas makan terus balik Hotel Rehat , sebab keesokannya adalah aktiviti bershopping la plak...
So Nantikan Destinasi kami seterusnya ke Kota Paris Van Jaya dan Transtudios...

No comments:

Relevant textual alternative to the image