.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENJEJAKI MISTERI SANGKURIANG DI PARIS VAN JAVA


Pagi tu bangun dari tido lambat, biasalah dah penat semalam berjalan..siap-siap kuar naik cab pergi ke Paris Van Java...jalan hari tu jem sikit, hmmm mana-mana kota Indonesia sure jem teruk punya...
Macam biasa kalau naik cab kat Bandung ni pandai-pandailah tawar menawar..kebanyakannya pemandu cab ni kalau tengok Pelancong je akan tidak gunakan meter, so dia orang akan letak harga mengikut citarasa dorang je..ada tu lansung tak leh tolak ansur...tapi kali ni setelah sekian asyik kena pau je kali ni ke Paris Van Jaya ni aku dapat pakcik cab yang sememangnya mencari rezeki yang halal, so dia guna meter...


Hah yang ni tempat paling aku suka...Paris Van Java terletak di jalan sukajadi sebuah Shooping Komplek ala-ala Pavilion, barang-barang yang dijual semua branded original biasalah mahal harganya..no tawar menawar ye...tapi agak murah sedikit dari Malaysia lah...jika rasa nak beli handbag LV kalau kat KL mahal..so beli kat sini murah sedikit...




Kawasan yang luas dan menarik, tapi paling best kat sini beli CD lagu memang murah gila...yang original tau...apa lagi borong la untuk buat koleksi kata murah kan.....






After that aku singgah mengisi perut di KFC then rasa dah puas berjalan dikawasan ni, kami ke Cibaduyut ....




Perjalanan ke Cibaduyut agak menyesakkan nafas kami yang berada di dalam cab..kiri kanan jalan jem teruk, kedengaran bunyi hon sana sini memekikkan telinga, lebih lagi cara pemanduan rakyatnya sedikit kelam kabut berani mati punya...dada ku jadi sempit, seolah aku berada dalam tempat sempit dan gelap...sedar-sedar aku tertido sementara menungu sampai ke Cibaduyut..




Sampai di Cibaduyut agar lambat lebih kurang 1jam lebih cuz terlalu jem ....tak banyak tempat kami berjalan sebab mood dah mati menghadap jem tadi..badan pun rasa tak best...bagi ku Cibaduyut tempat tak best bagiku..tapi dunia keseronokan bagi lelaki lah kot, semua barang kulit dijual disini...
Semuanya handmade...harga pun boleh tahan sikit la...tak lama jalan kat sini, lebih kurang setengah jam..kami gerak ke Trans Studios salah satu tempat paling mesti korang pergi...






Kami sampai ke Trans Studio lebih kurang 7:30pm, kami pergi makan dan jalan-jalan di situ..Waktu ni tak ramai orang sangat, biasalah hari isnin..lengang...Ia sebuah Shooping komplek yang mewah sikit, design pun cantik dan mewah..maaf sebab tak banyak gambar yang diambil sebab terlalu penat dah..





Apa yang popularTrans Studio ni tempat hiburan keluarga yang besar didalam Bangunan.....dengar kata ia terbesar di Asia...




Dah habis aku tawaf satu banggunan kami rasa better chau balik ke Chimpelas lepak kat chiwalk makan, cuz tak boleh lama-lama kat sini cuz takut balik lambat nnti rasa cam bahaya je pulak...kalau kat Chiwalk dekat gan Hotel...




Sampai Chiwalk pun dah hampir nak pukul 9:00 malam waktu Indonesia...kaki dah rasa nak tercabut, lepak minum sebuah cafe sambil melihat gelagat manusia lalu lalang hinggalah rasa mata pun dah mengantuk, so kami naik Cab balik ke Hotel ...

Restaurant ala pawagam


Sebelum tido siap packing-packing agar esok bangun tak kelam kabut untuk check out..balik ke Malaysia negara tercinta...

So selama 4 malam 3 hari di Bandung memang seronok kerana Gunung Berapinya, Air Terjun Maribaya, Makanan Nasi Padangnya yang enak serta kota shoopingnya...

Dari segi makan disini memang tiada masalah serta murah, manakala Penginapan pun murah serta selesa tapi dari segi transportation rasanya tak berbaloi sebab sepanjang kami disini duit keluar macam air habis ke transportation la..asyik kena pau sesukahati mereka...tapi segi segi bershooping disini semua sedia maklum memang murah....

Itulah perjalanan kami ke Kota Bandung , kota membeli belah ...kamu akan jadi kaya raya disini hahahahh

Now kami sedang sibuk membuat persiapan untuk perjalanan kami seterusnya ke Negara Kota Cinta Vinter Sonata Korea...

No comments:

Relevant textual alternative to the image