.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENJEJAKI MISTERI SANGKURIANG DI BANDUNG DAY 2

DAY 2
Sedang lena diulik mimpi dikejutkan dengan bunyi sahut menyahut seolah bunyi siulan burung diikuti dengan bunyi gendang dan beberapa alatan muzik asli seperti berlawanan bunyi diantara satu rumah dengan rumah yang lain....terasa pelik jugak dan seram, apa yang ada dikepala otak kami berfikir bunyi itu datang dari upacara menyembahan matahari....bunyi itu berlansung hampir satu jam sehingga selesai aku mandi siap semua, baru bunyi tu beransur hilang sedikit demi sedikit....



Selesai check out dari Hotel kami berjalan kaki menuju ke Chempelas, semasa berjalan kaki ku ternampak sebuah Hotel yang menarik, lalu kami singgah untuk Check In Hotel tersebut....
Hotel Chempelas 2 bilik yang luas dan bersih ini hanya berharga IDR 407,000 semalam, memang selesa sangat dan menyediakan jugak perkhidmatan urut dibilik jika mahu...



Selesai Check-In tanpa membuang masa, apa lagi time to jalan-jalan lah...dari Hotel kami menaiki cab menuju ke Restoran Sederhana iaitu Restoran Nasi Padang yang terkenal di SetiaBuhdi..kat sini duduk je akan dihidangkan segala jenis lauk pauk diatas meja, hah makan lah sampai berbuih, dia akan kira mana yang kita makan je...kami makan berdua cuma harga dalam IDR 150,000 sahaja...
Restoran yang cantik dan bersih ala-ala Restoran Sari Ratu di Malaysia..dah datang sini tak ketinggalan lah menikmati masakan padang berhari-hari...dah tak fikir gemuk dah, yang penting tu je yang aku boleh makan kat sini, aku ni cerewet sikit bab makan, lebih lagi kalau makanan tu aku tengok pelik sikit je nama dia, aku dah mula lain macam.....dan kawasan yang aku kena makan pun mesti kena tempat yang bersih dan cantik....




Selepas makan kami ke Rumah Mode Di Area SetiaBudhi...di Rumah Mode ni banyak terdapat patung-patung ala Dewi-dewi yang menyambut kedatangan pelancung di depan pintu masuk Rumah Mode...kedai-kedai disini sedikit Grand lah, so barangannya pun kira mahal sikit lah..nak dibandingkan dengan Factory Outlet yang lain...masa ni ramai orang dibahagian baju, berlumba-lumba baik lelaki atau perempuan semua sedang sibuk memilih pakaian, lebih lagi masa ni ada potongan harga sebanyak 50-70%....







Di SetiaBudhi ni bukan sekadar Rumah Mode sahaja tetapi banyak lagi Factory Outlet disini..orang kata pandai-pandailah cari mana yang murah dan cantik..jika rasa dah berkenan jangan tunggu lagi terus je sambar cuz pasti bila harap konon tempat lain mungkin lagi murah kot, jangan haraplah..memang susah nak jumpa dah..itu pun nasib la kalau jumpa...dan kat SetiaBudhi ni susah sikit nak tawar menawar..harga pun paling murah dalam IDR 95,000 susah lah nak dapat dalam IDR 45,000 kat sini waktu bulan macam ni...kalau ada pun yang cokiak punya adelah heheheh.....




Kaki dah tak larat jalan lagi, rasa nak tercabut buku lali dibuatnya...kami tahan cab balik Hotel berehat sekejap...aduhhhhh bestnya dapat berehat dibilik, letak je kepala di bantal zzzzzzzz sori tak ingat apa dah masa ni hehhehe....

5:00 Ptg kami ke Chempelas dengan berjalan kaki sahaja, susana masa ni sibuk sedikit, kawasan ni memang jem waktu macam ni sebab laluannya kecil dan berdekatan dengan Factory Outlet dan kawasan perumahan...





Sepanjang perjalanan ke Chempelas memang terdapat banyak Factory-factory Outlet disini dan juga peniaga-peniaga tepi jalan...tapi hati-hati disini banyak terdapat peniaga-peniaga yang jenis membawa barang ditangan memaksa korang beli barangnya..selagi korang tak beli selagi tu dia merayu-rayu...pandai-pandailah menolak dengan cara baik jangan marah-marah begitu juga dengan peminta sedekah disini ramai kebanyakkannya kanak-kanak yang akan meminta-minta sampai dapat...hah itu terpulang pada keikhlasan korang la...tapi berhati-hati...





Apa yang menarik disini juga korang boleh melihat icon-icon Superhero seperti Superman, Spiderman, Wolverine, Ultramen, Bob Marley dan lain-lain untuk menarik penggunjung yang datang membeli-belah dikawasan Chempelas...










7:00 malam kami ke Chiwalk untuk makan malam..ni je tempat yang boleh lepak malam-malam lebih lagi dekat dengan Hotel, kaki pun dah penat berjalan...hari ni suasana ramai orang disini, maklumlah hari minggu ramai muda-mudi melepak disini, kebetulan ada konsert di Mall ni tu yang ramai tu...



Makan Malam Kami di sajikan dengan Ayam Ibu Tiri, Lompia Goreng, Tahu Selang Seli, Air Belimbing Tanpal Gulam, Air Mineral Ades and Desert Coklat Pisang...kesemuanya berharga IDR 105,000...murahkannnnn, disini makanan semuanya murah jangan risau nak makan apa je..makanlah sampai muntah hahahah....





Lepas makan sempat jalan-jalan dalam Mall beli Jajan serba sedikit then chau balik Hotel, kali ni kami berjalan kaki sampai Hotel cuz masa ni jalan Jem teruk and pakcik-pakcik cab mula menaikkan harga mengikut citarasa dorang tanpa memakai meter and harga yang dikenakan tak masuk akal kepala otak orang yang normal...so jalan kaki adalah yang terbaik waktu macam ni..
Walaupun kaki nak tercabut kami redah jugak janji hati tarak panas, maklumlah tengah mood cuti...sampai Hotel sempat booking untuk ke Tangkuban Perahu pada esoknya, jadual kami around 8:00 pagi waktu Indonesia untuk ke Tangkuban Perahu...so kena tidur awal la....
Nantikan Destinasi kami seterusnya ke TANGKUBAN PERAHU

  

No comments:

Relevant textual alternative to the image