.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MENJEJAKI MISTERI SANGKURIANG DI TANGKUBAN PERAHU

DAY 3
9:00 am - After breakfast kami terus dikenalkan dengan pemandu pelancong kami iaitu Abe dan kami menaiki Kijang kalau disini seperti Avanza, sungguh selesa sangat, package yang dikenakan berpatutan hanya IDR 450,000 lebih kurang RM 135.00 dari pukul 9 am until 8am...


Pagi tu jalan tak berapa jem lagi , cuaca masa tu pun begitu elok banyak permandangan menarik yang dapat dilihat dengan jelas..sepanjang perjalanan ke Tangkuban Perahu banyak jugak lah info yang aku tahu tentang Tangkuban Perahu ni...


TANGKUBAN PERAHU bermaksud perahu terbalik 
Wujud nama tangkuban perahu hasil dari tendangan Sangkuriang menendang perahu yang dibuatnya kerana terlalu marah harapan untuk berkahwin dengan Dayang Sumbi (ibunya) ...telah hancur berkecai setelah Dayang Sumbi menyedari bahawa Sangkuriang adalah anaknya sendiri yg dihalau satu ketika dulu..kini bakal menjadi suaminya..oleh kerana tidak mahu melukakan hati anaknya, dayang sumbi membuat satu elah dengan menyuruh Sangkuriang membuat sebuah tasik dan sebuah perahu untuk mereka berlayar masa perkahwinan mereka, ia mesti disiapkan dalam masa satu hari..







Sangkuriang telah menerima syarat tersebut lalu berusaha menyiapkan keinginan Dayang Sumbi.....




Rupanya fikiran Dayang Sumbi meleset sama sekali kerana Sangkuriang hampir berjaya menyiapkan perahu pula..kerana itu Dayang Sumbi terpaksa mengunakan kuasa saktinya menjadikan langit cerah begitu cepat sebelum sempat Sangkuriang menyiapkan perahunya..maka hari pun telah cerah pagi..




Sangkuriang menendang perahunya hingga jatuh terbalik, manakala Empangan yang dibina menjadi kering airnya lalu menjadi sebuah kawasan yang luas dan menjadi sebuah bandar yang disebut Bandung iaitu bermaksud Empangan...tak lain dari itu juga orang dikawasan ini juga percaya ada harta emas tertanam dibukit-bukit tersebut dan ada ular yang besar disitu..




Harga masuk Tangkuban Perahu tak mahal dalam IDR (RP) 115,000 sahaja..memang berbaloi ada 10 kawah yang ada disini cuma hanya 4 kawah sahaja yang boleh di lihat penggungjung iaitu Kawah Ratu, Kawah Upas, Kawah Baru dan Kawah Domas..





Gunung ini meletus pada kali terakhir pada tahun 1910 , beberapa kawah memunculkan bau asap belerang, dulu dikatakan penggungjung boleh mendekati kawah-kawah tersebut, now kawah-kawah tersebut di pagari dilarang dituruni kerana bau asapnya mengandungi racun dan pernah ada kejadian kematian oleh kerana tersebut asap tersebut...




Masa waktu kami datang pun bau asap belerang dari Kawah Ratu sungguh kuat menusuk hidung, rupanya sewaktu kami datang tu pusat pemerintahan telah mengeluarkan notis berhati-hati kerana dianggarkan Tangkuban Perahu akan meletus, semua perkerja diwisata itu malah peniaga-peniaga telah diberi amaran agar bersiap sedia, tetapi masih ada lagi perniaga-peniaga yang endahkan amaran kecil itu, malah kami yang berada disitu pun tidak tahu cerita sebenar...no wonder la tak ramai sangat penggungjung ketika itu...bila dah balik Hotel baru tengok berita Tangkuban Perahu ditutup serta merta keesokan harinya..wowww nasib baik aku sempat pergi tak pun nasib baik takda apa-apa berlaku, kalau tidak sure aku dah mati tersedut asap yg berlebihan atau pun ditelan lahar hahahhaha alhamdullilah...





Di Tangkuban Perahu ni memang ramai terdapat kedai-kedai kecil di kawah tersebut...malah terdapat juga peniaga-peniaga tepi jalan yang menjual barang-barang key chain, batu kawah dll..mereka akan follow kamu selagi kamu tak beli barangnya...tapi mereka semua peramah, mereka mengelarkan diri mereka Orang Hutan sebab mereka telah lama menetap dikawasan Tangkuban Perahu sejak zaman turun temurun nenek moyang mereka..hasil pendapatan mereka hanyalah bertani dan mencari rezeki dengan menjual barang-barang yang aku sebutkan tadi..walau bagaimanapun sebelum kamu membeli sesuatu di Tangkuban Perahu seeloknya tawarlah sampai habis-habisan sebab harga yang dikenakan pada barang mereka memang tak masuk akal lansung...so pandailah guna skill yang ada hahaha...




Setelah hampir satu jam berada disana, kami berangkat menuju mencari tempat untuk solat..
Nantikan Destinasi kami seterusnya ke AIR TERJUN MARIBAYA DAERAH REMBANG

No comments:

Relevant textual alternative to the image