.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

MY NAME IS DELAILA

Salam,
Sempena bulan ramadan ni marilah kita sama-sama mengeratkan silaturahim dengan sembahyang berjemaah dan beramal soleh untuk mendapat keberkatan dunia dan akhirat...
Biar aku kenalkan diri nama ku Delaila... Aku ni datang dari keluarga penulis, tapi aku tak la sehebat keluargaku yang lain, boleh la sikit-sikit merepek hehehe...


Aku berkerja dalam industri perfileman.. Alah hanya kerja penguruskan produksi aje bukan kerja glamour macam nasha aziz ataupun Nialofa.. Tapi kerjaya cam aku ni lah yang buat sesuatu produksi filem ataupun drama berjalan jika tiada kerjaya cam ni korang tak dapat tgk artis kesukaan korang beraksi ewahhh...so yang penting jangan tanya aku " dah berapa ramai artis aku dah jumpa or Era Fazira tu cantik tak " ? Dah naik lemas aku nak jawap.. Hehe
Aku ni suka berjalan boleh kata susah la nak nampak aku melepek dirumah..kalau tak travel ke negara luar biasanya aku akan berjalan dalam negeri sendiri untuk melihat budaya, kehidupan dan sejarah seni sesuatu tempat itu.. nasib baik hubby mempunyai minat yang sama.. so senang untuk mengatur plan hari demi hari .. Orang kata banyak berjalan luas permandangan tambah ilmu pengetahuan dan kita akan rasa syukor bila melihat keindahan, kebudayaan dan kesusahan sesuatu negara dan tempat itu... Mostly perjalanan kami semuanya tak dirancang rasa-rasa tergerak hati je terus packing chou...


Hobi aku suka tangkap gambar.. minat aku dalam photography begitu mendalam.. Setiap sesuatu subjek yang aku ambil itu melambangkan ciri dan cerita disebaliknya..Subjek yang menjadi pilihan hati selalunya berupa kebudayaan, permandangan, kehidupan dan tempat bersejarah dan misteri.. Aku kurang menangkap gambar bunga sebab aku ni dari kecil tak suka bunga.. Pernah ada org bagi aku bunga, aku tinggalkan je hahha tak patutkan.. Tapi aku suka rumput yang orang selalu letak kat dapur tu .. Yang tu aku paling suka...dan yang paling penting aku tak suka orang cakap berbunga-bunga ni.. Heheh sendiri mahu ingat la...



Jika aku ada masa lapang aku banyak merepek dengan hubby untuk mencari idea mencipta sebuah lagu.. Masa tu keluarlah idea banggang dan merepek.. Dah banyak dah aku record lagu yang aku cipta sendiri dalam iphone aku tapi satu pun belum terusik lagi untuk digubah hahah selalunya semua yang digubah idea dari hubby aku.. Aku just tambah-tambah beberapa lirik untuk menyedapkan.. Tunggulah bila rasa lagu yang aku cipta itu sesuai dengan keadaan dan sesebuah drama tu baru aku start suruh hubby gubah.. Cuz dia je pandai gubah-gubah ni.. selalunya semua lagu yang dicipta hanya untuk kegunaan film dan drama je.. dan kami sendiri akan nyanyi dan mainkannya..nak buat album sendiri hmmm rasanya dah lambat dan takda masa sebab kami semua busy dengan kerja masing-masing...



Aku ni orang yang simple dan happy go lucky.. Kalau orang tak kenal aku, kata aku ni sombong tapi bila dah kenal, orang plak tak larat nak melayan aku hahha ambik kau!!
Aku benci orang yang suka mengata orang ni.. Dan aku orang yang pemaaf susah nak lihat aku mengamuk ataupun marah.. Aku akan banyak senyum dari marah.. Cuz aku ni tak faham erti perasaan marah.. Kadang-kadang tu cuba la jugak ade perasaan marah tu.. Tapi lastly orang akan cakap " kau ni marah ke tak, confius!!..."
Hahah nak tgk aku marah cuba try usik aku.. Baru tahu nanti!! Yang penting kedai Mamak Muthu tu bukan aku punya....(Dah start merepek tu)
So dari aku start merepek melalut bukan-bukan.. Elok la aku habis disini je pengenalan aku sebagai Blogger baru ni, harap jika ada sesuatu yang salah dalam penulisan aku nanti harap dapat ditegur..

SAYA DELAILA MENGUCAPKAN KEPADA SEMUA BLOGGER SALAM PERGENALAN DAN TERIMA KASIH MENERIMA SAYA DALAM DUNIA BLOGGER..

No comments:

Relevant textual alternative to the image