.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL AT SARAWAK

Salam,
Kali ni aku nak berkongsi cerita perjalanan ku ke Sarawak Rainforest World Music Festival 2012..


Festival ni selalu diadakan setiap tahun di Perkampung Kebudayaan Sarawak yang terletak di Santubung.. Dimana Gunung Santubong lagenda Negeri Sarawak betul-betul berada disitu tersergam indah menarik pelancong untuk menikmatinya..


Kami sampai ke Hotel Damaipuri Spa & Resort Santubong lebih kurang dalam pukul 2 petang lalu check in letak barang and terus melangkah kaki ke tapak festival..


Kelihatan ramai pelancong dari berbagai negara turut sama hadir ke festival tersebut , ada yang dah bertapa dari hari Jumaat lagi disitu..


Sesi show pada belah siang merupakan show permainan instrument dari berbagai negara dan corak persembahan dan genre menggunakan alatan music yang berbagai jenis mengikut kreativiti setiap negara..


Malaysia juga tidak ketinggalan mempromosikan pada pelancong asing persembahan Dikir Barat dan permain alatan kebudayaan sarawak.. Turut serta memeriahkan Dikir Barat ialah penyanyi Rap ultimate (tak salah aku la) selaku tukar karut yang diubah rentak Rap tapi masih ada lagi ciri-ciri asli Dikir Barat tersebut..

Petang itu persembahan paling hangat memeriahkan pelancong yang hadir iaitu persembahan tarian Bangra, dimana kesemua pelancongan tertumpu kesitu untuk turut serta menari bangra yang diajar oleh salah seorang penyanyi bangra disitu.. Tak kira melayu, cina, india, mat salleh, negro dan bermacam bangsa dan kulit turut serta menari beramai-ramai..


Setelah penat kami balik ke Hotel untuk solat dan berehat sekejap sebelum keluar untuk show malam nanti pula...


Pukul 9 malam, festival semakin dibanjiri dengan manusia untuk menyaksikan konsert, bermacam-macam ragam manusia yang ada.. Hmm dari segi sosiality takyah nak cakap la.. Enjoy gila mereka dah tak fikir malu dah.. Dari segi agama dan bangsa orang sarawak ni rupa macam melayu tapi kebanyakannya agama kristian, so kita tak boleh judge mereka ni.. Wow bab pakaian haliluyaaa memang aummm la kat situ.. Boleh terjojol bijik mata melihat baik lelaki pompuan aduhhh mak ai ( bayangkan la sendiri) hehehh
Tapi tak semua la yang cam tu dari 100 % , 20 % je yang sopan ngeh, ngeh, ngeh...

Apa pun kami tak mahu ambik pot sangat melihat peel mereka, kami semua tertumpu enjoy melihat beberapa band pemusic berbagai negara membuat persembahan yang unik dan memukau penonton pada hari itu.. Tidak ketinggalan persembahan dari pemusic malaysia turut sama berjaya membuat penonton bersorak gembira dan hilang akal dengan cara persembahan mereka yang begitu happening..aku bangga sangat masa tu..


Perut pun dah terasa lapar, masa itu cari makan la pastu balik tido..
Keesokan harinya aku gan hubby sempat lari ke town jalan-jalan sesi photography plak..
balik semula ke Hotel dan terus ke Festival pada belah malamnya pulak.. Tapi last day ni kami tak lama sangat enjoy the show cuz maybe terlalu penat berjalan petang tadi.. So kami tak tunggu sampai habis show, pergi makan then balik rest zzzz


Lepas breakfast kami siap-siap untuk check out from hotel, before go to airport kami sempat singgah shooping beli batik dan souvinear..
Then terus ke Airport .. Bye-bye Sarawak..


Apa pun Pusat Peranginan di Sarawak memang cantik, permandangannya dilaut boleh memukau mata.. Jika ke Sarawak jangan lupa singgah di Santubung Nikmati sendiri keindahanya....


"Putri Santubung Putri Sejenjang, Menjaga Gunung Negeri Sarawak...."
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

No comments:

Relevant textual alternative to the image