.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Mar 31, 2013

THE SNAKE CHARMER (RAJA ULAR KELANTAN)

Kami bertolak dari Kuala Lumpur lebih kurang pukul 10:30 pagi menuju ke Jertih Kelantan melalui highway Pahang...

Kami sampai ke Jertih Kelantan lebih kurang pukul 6:30 petang, kerana sesat ikut jalan jauh lebih lagi cuaca teruk hujan lebat, Singah makan minum disebuah Restaurant sementara menunggu kedatangan Raja Ular Kelantan iaitu Hamdan Mahadi menjemput kami...

snake charmer

Lebih kurang setengah jam menunggu kelihatan Hamdan bersama anak-anak buahnya salah satunya bergelar Gadis Berbisa Kelantan, merupakan seorang gadis berusia 17 tahun pandai bermain dengan ular...Mereka sempat menunjukkan skill mereka dengan ular tedung disitu, ramai orang yang sedang makan dapat melihat mereka bermain dengan ular yang berbisa...

delaila to kelantan

Tiba-tiba Hamdan dapat panggilan bahawa sebuah rumah di Gong Datok Kelantan dimasuki Ular, kami semua bergegas ke lokasi tersebut, sampai je sudah kelihatan ramai berada didepan rumah tersebut, terdapat seekor ular berada disebuah tingkap rumah tersebut, Hamdan memulakan operasinya menangkap ular dibantu juga oleh anak buahnya, dia begitu tenang menangkap dengan mudah tanpa sebarang peralatan hanya menggunakan tangan, katanya ular tersebut jenis tedung berbisa datang dari arah hutan dibelakang rumah untuk mencari tempat berteduh sewaktu hari hujan, melihat sekeliling rumah memang penuh dengan hutan dan semak samun...

bomba

car bomba

posing

Selesai je kami bergerak ke sebuah Chalet untuk berehat ....belum sempat melepaskan kepenatan, kami dapat panggilan dari Hamdan bahawa ada satu lagi rumah dimasuki ular, kami tanpa buang masa bergegas berjumpa dengan Hamdan lalu follow beliau kerumah tersebut di Kuala Krai...sewaktu ni hujan memang lebat dan mulai hendak banjir...kerana terlalu lebat hamdan tidak dapat untuk menangkap ular tersebut ....

snake charmers

snake

cobra

On the way balk dapat lagi panggilan, kami ke sebuah Sekolah dimana seekor ular tedung kecil berwarna hitam telah memasuki bilik Guru..dengan pantas Hamdan dapat menangkap ular tersebut, lalu dimasukkan kedalam bag plastik untuk dibawa balik..

raja ular

Kata Raja Ular Kelantan, setiap ular yang ditangkap akan dibawa pulang kerumahnya disimpan selama seminggu sebelum dilepaskan ke dalam hutan, ular tersebut boleh berada didalam karong plastik tebal selama 3 bulan tanpa oksigen, selepas tiga 3 bulan tidak dilepaskan atau diberi makan ular tersebut akan mati..

Semasa berada di rumahnya kelihatan banyak karong-karong ular yg ditangkap belum dilepaskan, terasa geli dan seram melihatnya...ular tersebut hanya dibiarkan dihadapan rumahnya..

raja ular

shooting

katanya lagi jika terserempak dengan ular tedung jangan bergerak, berdiri dengan menahan nafas seketika sebelum melihat ular tersebut beredar, kerana ular dapat menangkap pernafasan manusia, jika bergerak ular ular akan bertindak ganas kerana menyangka dia dalam bahaya..

cobra

Ular akan mengeluarkan najis berwarna kuning atau terkencing jika merasa dirinya terancam, ia akan mengeluarkan satu bau yang kurang menyenangkan..
Jika dipatuk ular selalunya sementara untuk dibawa ke hospital, akan diberi minum air 100 plus bercampur Red Bull

kelantan

geli

Ular tedung menyerang mangsa dengan patukan dan tidak membelit, manakala ular sawa dengan menumbuk mangsa lalu jatuh ketika itulah dia akan membelit hingga patah tulang then telan ...

Selama bertahun menangkap ular, Hamdan pernah terserempak dengan peristiwa yang pelik dimana ular tersebut dari berwarna kelabu bertukar menjadi warna biru, bila dilepaskan tiba-tiba hilang seperti kabus, katanya ular tersebut adalah jelmaan syaitan yang menyerupai ular untuk menakutkannya dan mencabarnya, tetapi dia lansung tak rasa gentar, kerana yakin dan berserah pada Allah..

ular sawa

ular sawa

Hamdan menceburi bidang ni sejak ketika masih kecil lagi, dalam usia yang muda dia telah digelar Raja Ular Kelantan...

Begitulah selama 4 hari disini tak putus-putus Hamdan dapat panggilan untuk menangkap ular, selalunya ular yang berjaya ditangkap dia tidak menerima apa-apa bayaran itu terpulang pada keihklasan untuk memberi padanya....kadang-kadang terasa kesian kerana bukan sekejap untuk sampai kesesuatu tempat tu malah memerlukan duit minyak, tol dan sebagainya...tapi baginya itu terpulang pada keihklasan manusia....tetapi ada juga secara personal memberinya hadiah sebagai dapat menyelesaikan masalah....bukan itu sahaja, dia juga turut diundang untuk membuat sebarang pertunjuk ular dimerata-rata tempat di Malaysia...dan juga menyediakan perkhidmatan berlajar menangkap ular diperkarangan rumahnya...ramai remaja yang telah berlajar dengannya setakat ini...

ular sawa batik

snake

Tapi yang pelik sepanjang hidupnya tidak pernah lansung ular masuk kerumahnya, jika ada ular yg disimpannya terkeluar pun , ular tersebut akan pergi dari situ, mungkin katanya ular tersebut memang sudah tahu bahawa itu rumah raja penangkap ular...

kids playing snake

kids with snake

Jika ada sesiapa ingin memanggilnya untuk membuat persembahan atau untuk menangkap ular boleh
hubungi beliau HAMDAN 012 9619443 atau boleh browser youtube cari RAJA ULAR KELANTAN...

tedung

WARNING!!! DISINI KAMI SEMPAT BUAT KHAS BUAT RAJA ULAR KELANTAN...
JOM LAYAN:




1 comment:

Mas Deny said...

Follow Back Gan ....
Ditunggu ...
=> http://www.adadeny.com/

Relevant textual alternative to the image