.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Nov 23, 2013

SURFING DI BALI

salam,

Lama sungguh tai update blog sebab terlalu busy dengan kerja hingga nak makan pun tak sempat..
namun begitu dikesempatan walaupun busy kami sempat lari sekejap bercuti di Bali..

Kali ni aku pun tak sure kali yg keberapa aku ke Bali..kali ni datang sebab nak berehat sambil berlajaR surfing dengan Cik Wan Zarita & Najib yang sememangnya Bali adalah rumah ke dua mereka….






Kami disambut depan Hotel ada sebuah scooter telah menunggu yang disewakan oleh Najib yang terlebih dahulu sampai beberapa hari sebelum kami…dengan scooter tu kami menuju ke pantai KUTA BEACH berjumpa dengan Najib & Zarita yang sudah berada dipantai awal pagi lagi…kalau korang yang suka surfing di Kuta Beach jangan lupa singgah di tempat yang ada suft board bendera Malaysia..sebab itu adalah kawasan kepunyaan Najib orang Malaysia kita…support orang Malaysia Business disana heheh…






Ini adalah pertama kali kami berlajar surfing…mula-mula takut sebab takut lemas..lebih lagi ombak waktu tu kuat jugaklah…beberapa kali jugaklah aku terbalik jatuh dari board…hubby aku tak payah cakaplah lansung tak bangun-bangun dari surf board tu hahaha…takpa B next time cuba lagi…setelah beberapa kali cuba akhirnya aku berjaya bangun berdiri diatas board tu…terasa memang bangga sungguh walaupun sekejap….sekurangnya baru first time aku berdiri dengan cantik sekali bab kata Najib …..


 

Malam tu baru terasa badan sakit-sakit…Najib telah hantar seorang pakcik urut dihotel untuk mengurut
hubby aku ….dengan beberapa saat aku dah dengar hubby berdengkur maybe sedap sangat kot diurut oleh Pakcik tu…setelah selesai kami sempat lagi kuar berhibur di Kuta Town menikmati life band malam tu….




Keesokkan harinya kami meluangkan masa berdua menikmati tempat-tempat menarik di Bali..sebab sebelum ni kami selalu pergi arah belah utara now kami ke arah selatan pula melawat tempat-tempat sejarah mereka…



Hampir seminggu kami di Bali untuk release tension dan berlajar surfing memang menyeronok kan …
selepas ini kami akan kesini lagi untuk berlajar surfing yang seterusnya..sebab lepas ni plan nak try surfing kat Australia plak…hahhahah boleh ke? belum cuba belum tahu beb….






TERCIPTA UNTUK KU





Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata yang tak mampu
Kuungkapkan kepada dirimu...

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku

Pasti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku..

Terima kasih hubby yang sentiasa menemani sepanjang hidup
walaupun sering berbeza pendapat heheh
Dialah teman bergaduh aku forever hahhaha




Relevant textual alternative to the image