.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Sep 15, 2015

Song For Someone Cover




Ni hasil keja project tangan ku...project hasilkan videoclip "Song For Songone " Cover from U2...
semua segala pelakon tu aku just beli je footage mengikut shot every angle...kau rasa mahal tak? tapi kalau korang dah jadi ahli ...segala benda footage semua free je dpt...cuma mula-mula tu kenalah register dulu yek........

kenapa aku pilih nigger, sebab shot dia je yang banyak angle and free hehehh....and aku tambah effect yang patut termasuk colour grading perbagai hingga jadilah video clip ni...penyanyi dalam tu jangan tanya siapa..hehehhe tu just test power guna suara low....

masa bila aku buat ni...time break jap buat editing keja...pastu mental sorang-sorang create ini video cover...pastu sambung balik buat keja ....hehheh....

inilah video ke yg dibuat waktu bosan.....muahahahaha

Sep 10, 2015

AKU OBSESIF KOMPULSIF!!


Pernah dengar penyakit Obsesif Kompulsif? Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google cari nama penyakit ni kat situ….banyak information boleh dapat tentang OCD ni…



Aku adalah salah seorang penyakit OCD ni ….tingkah laku aku sentiasa berbeza-beza perbuatan yg datang….kalau dulu aku begitu rumit untuk hadapinya setiap hari hingga sometimes aku merasa masa aku tak cukup dalam sehari sebab banyak yg terbuang dengan perbuatan OCD ku ini…mmg betul aku sentiasa hidup dalam keadaan resah dan tertekan dengan keadaan ini..sometimes aku jadi penat dan sering nanggis kerana OCD ni tak dpt elak berhentikan sesuatu perbuatan yang dh biasa…contoh aku ada tabiat suis plug tutup bukak tutup bukak…walaupun dari akal dan pemandangan org lain nampak suis tu dh tutup tetapi aku akan bukak tutup bukak tutup berulang kali sampai aku puashati and cinfirm ianya betul btul dh tutup…bukan itu sahaja yang aku buat banyak lagi benda yg rumit untuk aku beritahu…dan begitu pelik dipandangan mata org luar…

Pernah aku cuba lawan lalu tak endahkan perbuatan tu..aku cuba untuk biarkan saja perbuatan yg dh biasa aku buat setiap hari..tapi tidak berjaya…aku akan jadi resah jika tak buat dan hidup tak complete…sedangkan aku tahu itu sesuatu yg tak sengaja dibuat-buat..



Aku sering was-was dalam semua perkara…dan sentiasa berhati-hati hingga aku menjadi individu yg berhati-hati dalam hidup..tetapi aku seorang yang agresif aku bukan OCD yg lain melakukan sesuatu secara perlahan-lahan…aku orang yang cepat melakukan perbuatan..

Ya aku mmg cepat marah tetapi tidak mudah tersinggung…dan aku bukan individu yang kemurungan,sedih tetapi aku cepat letih dan kurang selesa dalam tempat yang ramai…

Dari segi fizikal..berat badan ku tak menurun dari kebersihan aku orang yg terlalu inginkan perfection…setiap pakaianku dan benda disusun rapi ….aku pentingkan kebersihan…aku sanggup tahan buang air kencing jika tiada toilet yg bersih…aku rasa seperti ada kuman selubungi diriku..dan aku akan merasa geli sepanjang hari jika aku terpaksa masuk kedlm toilet yg kotor…malah aku akan terbawa-bawa kedalam mimpi…boleh dikatakan setiap hari kehidupan ku sentiasa dipenuhi dengan perbuatan OCD ….



Tetapi setelah meningkat usia…aku berjaya lupakan sesetengah perbuatan yg sudah biasa aku buat setiap hari..kalau dulu dari 10 perbuatan setiap hari berulang kali..kini aku berjaya jadikan 5 perbuatan sahaja setiap hari…tapi bagi aku penyakit ini tiada kesudahan..kerana walaupun aku berjaya berhentikan perbuatan yg selalu dibuat..tetapi jangan aku start sesuatu perbuatan yg baru…sebab bila aku start ia akan mula berulang-berulang kembali perbuatan tu..maka tambah lagi satu perbuatan yg baru untuk aku buat…datang seorang cina lelaki mengetuk pintu rumah lalu memberi kunci rumah yg tertinggal dipeti pos oleh hubby …katanya dia terjumpa kunci masih dimangga peti pos sebab tu dia tahu alamat rumah…nasib baik cina tu yg jumpa..kalau jumpa oleh orang lain..mcm mana? Dari situ aku mula start perbuatan baru..iaitu..aku mula rasa tak selamat..aku akan sentiasa cek pintu pagar rumah aku berulang kali…sedangkan pintu pagar tu dh tutup rapat bersama mangga..tepi aku akan cek berulang kali…sampai aku puashati dan rasa selamat…



Tetapi bagi aku orang-orang yg berpenyakit OCD ni adalah orang yang sentiasa berhati-hati dlm aspek kehidupannya…aku tak mudah lalai dalam sesuatu perkara…dan aku org yg kreatif…aku lalui penyakit ni tapi aku ada kelebihan yg Allah bagi pada ku yg lain…aku boleh hafal atau berlajar sesuatu perkara yg baru dalam masa 3 hari…aku org yang boleh buat semua perkara…sebab penyakit OCD aku ni aku jadi seorang yg otaknya cekap ….otak aku dah macam komputer …aku boleh buat banyak perkara dalam satu hari…

Kalau dulu hubby aku tak biasa ..now dia dh biasa dengan tabiatku…hehheh….orang kata penyakit OCD ni boleh jadi detektif tau…hahhahah

nak tahu lebih lanjut tgk link kat bawah ni:



Relevant textual alternative to the image