.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Feb 19, 2016

ADAB & TIPS DALAM MENCARI SAHABAT


Nak mencari kawan yang susah senang bukannya mudah..
malah ada juga kawan yang didepan baik dibelakang macam lanun.
.and juga kawan yang tak pernah hargai apa saja kebaikan yang kita buat.
Ada juga kawan yang berkawan mempunyai niat
gunakan kita untuk kepentingan sendiri.
 Oleh itu memilih kawan ni kenalah berhati-hati,
kerana silap pilih kawan akan hancurkan semua
 rasa kepercayaan kita pada yang lain..
selain adik beradik dan family ,  kawan adalah penting dalam
hidup kita tempat kita berkongsi cerita, masalah dan suka duka..
bagi aku memilih kawan senang, tetapi memilih yang benar-benar
 ihklas berkawan dengan kita susah kerana setiap
manusia punya hati lain-lain..


"Dan janganlah engkau menurut orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada
mengingati Kami, lalu ia mengikutkan hawa nafsunya.

(Surah al-Kahfi ayat 28)





Terdapat hadis yang diriwayatkan daripada Rasullullah s.a.w yang bermaksud :

"Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah diperhatikan siapa
yang harus dipilih sebagai teman/ rakan."

Ayat -ayat ini menegahkan kita bersahabat dengan orang yang fasiq yang sentiasa melanggar
perintah Allah walupun adakalanya dia melakukan amal ibadat.

Al-Qamah seorang ulama masyur dahulu kala memberikan beberapa panduan
kepada anaknya dalam mimilih sahabat, antaranya :








Sayidina Ali k.m.h pernah berkata :

"Saudaramu yang sebenar ialah orang yang sentiasa berada di sisimu
(ketika susah dan senang)
Dia sanggup membahayakan dirinya demi kebaikanmu, sanggup berkorban apa sahaja
untuk kepentinganmu"


Abu Sulaiman al-Darani r.a mengingatkan kita agar melihat dua sifat ini pada 
seseorang sebelum memilihnya sebagai rakan :

Orang yang mudah engkau berurusan dalam kehidupan seharian

Orang yang dapat memberikan faedah dan manfaat dalam segala perkara.

Sememangnya Allah s.w.t menegaskan betapa pentingnya dijalinkan hubungan persahabatan
dengan orang-orang yang beriman, bertakwa dan berakhlak mulia yang
dapat bersama-sama menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.
menyuruh manusia kepada perkara-perkara kebaikan dan
melarang mereka daripada berbuat kemungkaran.


So selepas itu berhati-hati dalam memilih kawan.......










        Have A Nice Day..

No comments:

Relevant textual alternative to the image