.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Feb 18, 2016

DOA DITERIMA DAN TIDAK DITERIMA

Allah berfirman :

" Berdoalah nescaya Aku perkenankan untukmu "

Doa itu ialah ibadat dan doa itu juga adalah senjata orang mukmin.
Allah s.w.t memerintahkan hamba-hamba-Nya supaya berdoa dan memohon kepada-Nya.
Berdoa itu adalah merupakan pengakuan seseorang hamba terhadap kekuasaan Allah s.w.t dan suatu tanda keyakinan bahawa tiada tempat meminta tolong melainkan kepada Allah s.w.t

SYARAT-SYARAT BERDOA


Dalam keadaan berwuduk

Dalam keadaan menutup aurat

Menghadap ke kiblat

Dalam keadaan khusyuk dan tawaduk

tidak tergesa-gesa

Dimulai dengan memuji kebesaran Allah

Kemudian berselawat ke atas Baginda Rasullullah s.a.w

Membaca doa itu dengan cara penuh harapan akan dikabulkan

Diakhiri dengan selawat dan salam

Seeloknya kita mengetahui isi dan makna doa itu.


SYARAT DOA MAKBUL


Relevant textual alternative to the image


WAKTU YANG BAIK UNTUK BERDOA

Pada malam gadar
(sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan)

Pada hari Arafah
(9 Zulhijjah ketika jemaah haji wuquf di Arafah)

Pada bulan Ramadan

Pada malam Jumaat

Waktu berjumaat
ketika imam duduk di mimbar
sampai imam mengucapkan salam.

Pada tengah malam

Seperdua malam yang kedua 
(selepas jam 12 malam)

Sepertiga malam yang pertama
(jam 6 sampai 10 malam)

Sepertiga malam yang terakhir
(selepas jam 2 pagi)

Pada waktu sahur
(sebelum fajar)

Sesudah berwuduk

Ketika orang azan untuk solat

Antara Azan dan igamat

Ketika orang mengucapkan igamat

Ketika berbaris 
(jalan bersama)
menuju medan perang sabil

Dalam pertempuran di medan perang

Pada akhir tiap-tiap solat fardu

Pada waktu sedang sujud 
(dalam solat atau di luar solat)

Ketika sedang membaca al-Quran

Setelah tamat membaca al-Quran

Ketika minum air zamzam

Pada waktu ayam jantan berkokok
(pada waktu pagi)

Pada saat berkumpulnya kaum Muslimin
kerana agama

Pada waktu berkumpul untuk berzikir
(iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah,
bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca 
dan mempelajari al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam).

Ketika menutup mata orang yang telah mati

Pada waktu turun hujan.


SEBAB - SEBAB DOA TIDAK DITERIMA


Antara sebab doa seseorang ditolak ialah kerana hatinya yang buta disebabkan :

Mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya.

Mengatakan cinta kepada Rasul Allah, tetapi meninggalkan sunahnya.

Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengannya.

Makan nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur kepada-Nya

Mengatakan syaitan musuhnya, tetapi tidak menentangnya

Mengatakan syurga itu benar, tetapi tidak beramal untuknya

Mengatakan neraka itu benar, tetapi tidak lari daripadanya.

Mengatakan Mati itu benar , tetapi tidak bersedia untuknya.

Bangun daripada tidur lalu menceritakan segala keaiban manusia, 
tetapi melupakan keaiban diri sendiri.

Mengebumikan mayat-mayat
(sahabat-sahabatnya)
tetapi tidak mengambil iktibar daripada mereka.


"Segala puji bagi Allah"


Relevant textual alternative to the image

No comments:

Relevant textual alternative to the image