.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Feb 23, 2016

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MINUM KAFEIN

Assalamualaikum...

Nampak tak air apa aku minum ni..hah ni lah air kegemaran aku sekarang..kalau dulu aku ambik sekali -sekala je bila ada dateline untuk bagi aku segar and tak penat...now semakin menjadi-jadi plak, sebab apa? sebab dah ketagih...bila dah ketagih memang susahlah nak berhenti..lebih lagi aku ni ada OCD lagi lah main peranan...

Relevant textual alternative to the image


So aku nak share la sikit baik buruk benda alah ni...agar jangan jadi macam aku...semak nanti hidup..macam aku ni tak boleh buat apa dah...walaupun dah usaha nak berhenti tapi memang payah , so terpaksalah aku menanggung akibatnya...

Bagi aku tabiat minum nescafe ni or coffee bukanlah bahaya sangat , ia bergantung kepada 
jumlah kopi yang kita ambil dalam setiap hari..malah ia juga mempunyai kebaikannya tersendiri..ni adalah serba sedikit yang aku research kebaikan dan keburukan ambil kopi secara berlebihan..

Secawan kopi sehari dapat mengawal jumlah tekanan darah dan mempunyai kesan positif ke atas saluran darah. Kopi adalah antioksidan yang sangat baik dan meransang aktiviti otak.
kerana secawan kopilah cukup untuk menggangu tidur kita dan memastikan kita terjaga pada waktu malam kerana ia mengambil masa 8 jam untuk kafein benar-benar hilang dari badan..so elakkanlah kopi diambil pada masa petang ke malam, seeloknya diambil diwaktu pagi...

Malah kalau diambil 2 cawan sehari boleh mencegah terhadap penyakit Alzheimer dan dos kafein meningkatkan jumlah protein dalam otak yang memberi kesan kehilangan ingatan..dengan minum dua cawan kopi 30 minit sebelum aktiviti yang berat akan memberikan badan kita banyak tenaga.
tetapi jika korang yang sedar hamil better jangan ambik kerana ia memberi kesan kepada pengeluaran hormon kortisol dan adrenalin yang boleh menyebabkan keguguran spontan.

Tetapi jika 3 cawan sehari pula menghalang kanser ovari dikalangan wanita, jumlah minuman hitam ini juga mempunyai kesan positif ke atas lelaki kerana ia menghalang pembentukan batu hempedu..tetapi kelemahannya 3 cawan kopi setiap hari boleh menyebabkan risiko serangan jantung.




4 cawan sehari pula mengandungi kira-kira 400 miligram kafein yang merupakan antioksidan yang sangat kuat yang boleh membersih badan dan membantu dalam mengelak pelbagai bentuk kanser, kanser prostat dan diabetes jenis 2..tetapi kelemahan ia jumlah besar kopi sehari boleh menyebabkan kepada artritis reumatoid dan menyebabkan ketakutan dan loya.

ada juga kajian menunjukkan bahawa minum lima cawan kopi sehari ketara menghalang penyakit hati..tetapi ia boleh meningkatkan faktor risiko untuk osteoporosis kerana kafein menyerap kalsium, yang sangat penting untuk tulang.

Begitu juga kalau 6 cawan sehari boleh kurangkan risiko kanser kulit sebanyak 31 peratus  kopi kerana sebagai antioksidan melindungi dan menjana semula sel-sel kulit..
namun ia juga boleh menyebabkan dehidrasi kerana kopi adalah diuretik yang sangat kuat. Ia boleh menyebabkan loya dan meningkatkan tekanan dan menyebabkan tekanan darah tinggi yang meningkatkan resiko penyakit kardiovaskular..

Relevant textual alternative to the image


Macam aku ni dalam sehari tengok moodlah kadang aku ambik 2 tin, kadang 3 tin sehari..ya memang betul..aku susah tido malam, bila malam aku jadi aktif...aku banyak terlepas nikmat tido malam..nasib baik kerja aku banyak memerlukan waktu malam...tapi kadang tu terasa jelous sangat tengok hubby yang tido begitu nyenyak sekali...

Tetapi lain orang lain effect dia rasanya..sebab hubby aku ambik caffein ok je dia membuta...
macam aku sebab aku ada penyakit kurang darah..so bermakna effect dia cepat...
and lagi satu kalau korang ambik vitamin untuk pemutih tu better tinggalkanlah kopi..sebab tak jadi apa and nampak kesannya jika korang masih mengambilnya...

So mulai sekarang kalau boleh kurangkan lah kaffein ya..jangan jadi macam aku...heheh





No comments:

Relevant textual alternative to the image