.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Feb 21, 2016

MENJADI TETAMU ALLAH DI MEKKAH...


Assalamualaikum...

Alhamdullilah, bersyukor sangat dapat menjejak kaki ke tanah suci Mekkah menunaikan umrah yang pertama kali bagi aku dan suami ..terasa bagaikan mimpi kerana dipilih untuk menjadi tetamu Allah disana...

Relevant textual alternative to the image
Bergambar bersama family

Walaupun segala urusan untuk ke Mekah pada mulanya begitu kelam kabut dan bermasalah dengan agency yang menguruskannya...tapi hati sentiasa berfikiran positif bahawa apa yang jadi ada khikmah yang tersembunyi..Alhamdullilah sepanjang perjalanan dari KLIA dengan menaiki Flynas terus menuju ke Jeddah, dan dari Jeddah mengambil masa 1 jam setengah perjalanan untuk sampai ke Mekkah begitu senang dan dipermudahkan..

Much Royal Clock Towel 

Alhamdullilah Segala urusan disana semuanya dipermudahkan olehnya..dan tiada apa-apa yang pelik berlaku disana..sepanjang disana hati begitu tenang sekali..segala masalah terus lupa bila berada disana..terasa begitu dekat sekali dengannya..jika diberi peluang sekali lagi ingin aku menjejaki lagi kesini...kerana tidak puas rasanya berada disini..insyallah ada rezeki kami ingin menunaikan Haji pula selepas ini sementara badan tengah ok..harap niat kami dipermudahkan olehnya...
ameen...

Ladang Unta


Jom hayati kisah Junjugan tercinta kita yang diberitahu Ustaz semasa di sana  sebelum kita menjejaki diri ke Masjid Baginda...

Nama:
Muhammad bin Abdullah Bin Abdul Mutallib bin Hashim

Tarikh Lahir:
Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
(dikenali sebagai tahun Gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota Kaabah)

Tempat Lahir:
Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama Bapa:
Abdullah bin Abdul Mutallib bin Hashim

Nama Ibu :
Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh Pertama:
Barakah Al-Habsyiyyah
(digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasullullah SAW)

Ibu Susu Pertama:
Thuwaibah
(hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu Susu Kedua:
Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah
(lebih dikenali Halimah As-Saadiah, suaminya bernama Abu Kabsyah)


Posing daaa
USIA 5 TAHUN :

Peristiwa pembelahan dada Rasullullah SAW yang dilakukan oleh dua Malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.




USIA 6 TAHUN:

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah)

Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman 
(hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


Bersama ustaz Miril Astro

USIA 8 TAHUN:

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


Hubby with penjaga Unta.

USIA 9 TAHUN:
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


susu unta pun dijual disini

USIA 20 TAHUN:

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab " Sirah'
jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun.
Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan
anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul' : perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada
orang yang dizalimi di Makkah.

Di Masjidil Haram

USIA 25 TAHUN:

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah : lelaki suruhan Khadijah

Bagging SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas Kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.



Hari yang tenang

USIA 35 TAHUN:

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

Rasulullah SAW diberi kemulian untuk meletakkan 'Hajarul - Aswad' ke tempat asal
dan sekaligus merekan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.


Zohor Time

USIA 40 TAHUN:

Menerima wahyu di Gua Hira sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Nasul akhir zaman.


Bukit Perang Badar

USIA 53 TAHUN:

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddig.

Sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622 Masehi.


USIA 63 TAHUN:

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah / 8 Jun 632 Masehi.


After Ishak

ISTERI-ISTERI RASULILLAH SAW:

Khadijah Binti Khuwailid

Saudah Binti Zam'ah

Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)

Hafsah Binti Umar (anak Saidina Umar bin Al-Khattab)

Umni Habibah Binti Abu Sufyan

Hindun Binti Umaiyah (digelar Umni Salamah)

Zainab Binti Jahsy

Maimunah Binti Harith

Safiyah Binti Huyai Bin Akhtab.

Zainab Binti Khuzaimah
(digelar Ummu Al-Masakin : Ibu Orang Miskin)




ANAK-ANAK RASULULLAH SAW:

Qasim
Abdullah.
Ibrahim.
Zainab.
Ruqaiyah.
Ummi Kalthum.
Fatimah Al-Zahra.


Dua oarang botak

ANAK TIRI RASULULLAH SAW:

Halah Bin Hind Bin Habbasy Bin Zurarah Al-Tamimi
(Anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan
Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW:

IBU SUSUAN / SAUDARA SUSUAN:

Thuwaiban
Hamzah
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN:

Halimah Al-Saidiyyah 
Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harith bin Abdul Uzza
Syaima binti Harith bin Abdul Uzza
Aisyah binti Harith bin Abdul Uzza


Jabal Rahmah

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(Anak-anak kepada Abdul Muttalib)

Al-Harith.
Mugawwam.
Zubair.
Hamzah**
Al-Abbas**
Abu Talib.
Abu Lahab ( nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka'bah
Hijl.
Dhirar.
Umaimah.
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atigah #
Arwa #
Umaimah.
Barrah.
Safiyah (Ibu kepada Zubair Al-Awwam)**

*** beberti sempat masuk Islam.
# bererti Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Ni lah Jabal Rahmah

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.
Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku
didalam syurga"
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


Bersama Jemaah yang lain di Jabal Rahmah



Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA LAHIRIAH.


Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi
yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan
mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah SAW.
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampam Rasulullah.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
Urat darah kelihatan diantara dia kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
Garis-garis merah dibahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteru, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
Mulut Baginda sederhana luas dan cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
Rambutnya terbelah tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
Dadanya bidang dan selaras dengan perut, Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
Seimbang antara kedua bahunya
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit dagingnya dibahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih
Warna putihnya lebih banyak
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan
warna kulitnya putih tapi sihat.
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
Badannya tidak gemuk.
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
Perutnya tidak buncit.
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan orang ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.

KESIMPULANNYA:

Nabi Muhammad SAW adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.




No comments:

Relevant textual alternative to the image