.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Apr 17, 2016

MISTERI GANGUAN DI HOTEL LAHAD DATU SABAH

Assalamualaikum

Hampir berbelas tahun dah aku tak disakat oleh geng-geng jembalang tingtong ni..yang paling teruk last aku kena pun pada tahun 1999 masa tu masih bujang trangtangtang...aku disakat dirumah sewa bersama teman serumah...jenis ganguan emosi punya dia bagi..nak cakap kelakar pun ada takut pun ada...tapi itu adalah satu pengalaman menarik kami sampai kehari ini masih teringat-ingat lagi peristiwa itu...

Now aku disakat sekali kali...kali ni lain pulak permainannya...kejadian ni berlaku semasa aku and the geng ada keja di Sabah, perjalanan kami memang panjang dari Sarawak ke Brunei hinggalah last destination di Sabah...dimana kami kena menetap di Lahap Datu, sebuah pekan kecil ala-ala berada seperti di Gombak...group yang lain ada yang menetap di KK..tetapi kami terpaksa bermalam di Lahad Datu kerana keesokkan harinya kami kena bangun awal lebih kurang 4 am, sebab nak kejar shoot sunrise ...


Hari tu memang letih sangat, dah la perjalanan dari Sarawak nak ke Lahad Datu satu perjalanan yang panjang, sampai je, kami terus shoot lagi, sebab nak kejar time..memang kerja kali ni ala-ala gerila habis, cepat dan pantas tapi berquality..itu memang kepakaran kami..



Gebang-gebang hampir pukul 11 malam selesai shoot, kami tanpa buang masa cari hotel berdekatan, 
..cari punya cari akhirnya kami jumpa sebuah Hotel 3 tingkat shop lot..dimana hotel ini dibuat diarea bangunan kedai yang telah diubahsuai jadi hotel..so tanpa buang masa kami pun agree stay hotel ni because dalam semua hotel, ni je yang tengok macam baru lagi..

hampir 15minit check in..kami pun naik menuju kebilik masing-masing....suasana tingkat tu memang sunyi..seperti tiada sesiapa yang penghuni tingkat tu..lansung tak dengar apa...tapi oleh kerana kami semua dah terlalu penat..malas nak fikir sangat..



Semasa masuk kedalam bilik..aku dah dapat rasa satu perasaan yang tak best..bilik aku tu boleh tahan luas, katil kami single-single..disebelah katil belah hubby ada kawasan luas yang tak diletak apa-apa kerusi meja disitu..so boleh tambah katil lagi ikutkan..Hubby yang kepenatan terus letak barang-barang then mandi..manakala aku masih terkebil-kebil macam tak selesa,bukan kerana hotel tu teruk, tapi entahlah aku rasa sesuatu...

Then setelah selesai  mandi, kami menonton tv sambil baring atas katil masing-masing, sambil aku tengok tv aku sesekali pandang kearah hubby yang dh tersengguk-sengguk menahan mengantuk...tak sampai beberapa minit aku dh dengar dia berdengkur, cehhhh senang betul kau tido kan!!..manakala aku masih paksa diri bukak mata menonton tv sebab aku rasa tak best sangat hati ni..
aku pun ambik remote, saja kuatkan volume tv agar tak rasa sunyi sangat...hampir dalam setengah jam tu mata aku dh tak boleh ditahan-tahan lagi..aku pun placing badan baik punya posisi then lelapkan mata..sementara aku nak terlelap tu aku boleh dengar seperti ada orang berlari-lari diatas bilik..dalam tutup mata tu aku boleh berfikir, yang bilik aku ni atas sekali, mana ada apa kat atas tu melainkan atap Hotel..tapi aku cuba buat dek je..bunyi tu makin kuat plak dia berlari-lari kali ni dalam bilik aku... hairan jugak ada ke budak-budak main kat luar pagi-pagi buta ni? 




..masa tu dh hampir pukul 2am...dengan berani aku bangun menuju kearah pintu bilik, aku teropong kat pintu bilik tu tengok ada sesiapa ke kat luar tu...takda sesiapa pulak!..then aku duduk atas katil memikirkannya sambil toleh kearah hubby aku yang sedang syok tidoo berlagu-lagu macam tiada apa-apa....maybe perasaan aku je kot, so aku pun tarik selimut bersiap nak tido balik ..bunyi tu kedengaran balik kali ni semakin jelas, terangkat bulu remang kepala aku dibuatnya hingga aku macam histeria kejutkan hubby aku dengan cara paksa punya ....tersentapp jugalah laki aku tu bangun tengok aku dah ada atas katilnya ketakutan ...

Aku suruh dia dengar betul-betul apa yang aku dgr..pada mulanya dia kata tu bunyi budak-budak kot kat luar atau dalam bilik sebelah tengah main-main..aku cakaplah "Main apa pukul 2 pagi ni!"
sedang kami berteka-teki berdua..bunyi tu datang lagi and jelas..memang terasa seolah -olah ada sesuatu dalam bilik kami sedang bermain-main...Hubby pun apa lagi, bangunlah duduk atas katil sambil teliti mendengar bunyi tersebut..
tiba-tiba katil kami bergegar ...hah nak ambik kau...main kasar nampak!!!
kami pandang each other kehairanan then pandang kearah kepala katil yang rapat kedinding..
kerana nak sedapkan hati, kami just fikir maybe ada orang sebelah tengah honeymoon berlari-lari laki bini dalam bilik then..(tut!!!) sampai gegar katil...hehhe
pastu kami pun lega lah sikit bila fikir macam tu..so boleh lah sambung tido...
tapi lain yang jadi...dia gegarkan katil sekali lagi...weiiii ni tak leh jadi ni!!!
aku pun suruh hubby call budak-budak aku kat bilik dorang, dengan harapan suruh budak-budak tu
datang bilik kami..tapi hubby aku just tanya samada dorang ada dengar atau kena apa-apa ke? 
budak-budak aku cakap takda apa pun..then dia letak telephone..tu je!!!
aku suruh hubby panggil budak-budak tu datang...hishhhh!!!!
Hubby cakap biar dorang restlah lagipun semua dah tidur pun..aduhhh tak tido lah aku 
macam ni!!! dah lah esok nak bangun pagi...Hubby duduk diam sambil aku tengok
dia baca sesuatu then dia ambik phone bukak mp3 orang sedang baca Al-Quran..
selepas bukak mp3 AL-Quran tu ganguan semua hilang...seolah-olah tiada apa berlaku, hati terasa tenang..hubby suruh aku tido and dia berjaga terus sebab dah alang-alang nak dekat pukul 4 pagi..


Semasa Check Out aku sempat berhenti tanya kakak counter tu..
tapi ye lah mana ada pekerja nak mengaku kan..lebih lagi raut wajahnya semasa aku menyoal tu reactionnya wajahnya bertukar and cara dia jawab soalan pun macam lambat je...maybe dia pun terperanjat kot!!! hahhaha

Apa pun kami bersyukor sebab tiada apa yang berlaku...nasihat aku better korang download MP3 baca Al-Quran tu apa-apa hal jika rasa tak best je..pasang je sampai pagi..sure tido nyenyak..
aku selepas tu asal rasa tak best je..aku pasang jee..alhamdullilah akan tenang selepas tu..











Relevant textual alternative to the image

No comments:

Relevant textual alternative to the image