.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Jul 21, 2016

KELEBIHAN ACTIVATED CHARCOAL FACE MASK

Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni, rutin hidup aku semakin berubah, perubahan hidup semakin bertukar..badan tak cukup rest, , rutin tido semakin terganggu, malah segala idea terbuntu tengah jalan..hormon aku semakin tak stabil mulalah segala permasaalahan timbul pada kulit wajahku yang dulu licin kini semakin dinaiki jerawat-jerawat kecil dan whitehead disekitarnya..

Aku jadi rimas, semakin tua semakin susah nak menjaganya..kalau dulu kulit wajahku bedal je sabun apa pun semuanya serasi, now silap pakai je , mulalah naik bintik-bintik kecil seperti ruam, jerawat kecil dan blackhead kat area muka aku..bermacam produk dah aku cuba semuanya sama je..maybe kerana putaran hormon yang tak menentu dengan permasalahan badan yang tak cukup rest membuatkan ia jadi begitu..

oleh itu terpaksalah aku turun padang sekali lagi untuk buat rawatan sendiri dirumah, walaupun not enough time tapi nak taknak terpaksa dari makin bermasalah lagi muka aku nanti kalau dibiarkan..lagipun aku lebih senang buat rawatan sendiri dirumah menggunakan bahan-bahan semulajadi ni, satu ia murah dan ada kelebihannya tersendiri dan berkesan jika ia rajin dilakukan. so kali ni aku membuat mask sendiri dengan menggunakan aktivated charcoal.



Walaupun sesetengah orang menggunakan aktivated charcoal untuk keracunan makanan, kembung perut atau memutihkan gigi, nilai sebenar aktivated charcoal ini adalah untuk membuang toksin dari badan, sebagai contoh jika tertelan bahan beracun atau digigit oleh binatang berbisa, aktivated charcoal boleh menyelamatkan nyawa korang sementara dibawa ke hospital.

Tetapi ada resiko dan kesan sampingan apabila ia digunakan untuk jangka masa yang panjang untuk merawat keadaan seperti gas berlebihan lebih lagi jika ia diambil dengan menggunakan mulut,  ia boleh menyebabkan najis hitam, lidah hitam, muntah dan cirit birit malah sembelit.

Bukan itu saja aktivated charcoal ni kelebihannya membuang toksin right, maka ia boleh digunakan untuk kecantikan juga malah ia boleh membantu mengurangkan kenaikan jerawat dan kekotoran kulit yang lain. Ia juga berkesan untuk menbuang segala kekotoran alat solek diwajah dengan bersih termasuk whitehead and blackhead.

AKTIVATED CHARCOAL FOR FACE



Bahan-bahan diperlukan 

Aktivated Charcoal
(boleh dibeli di farmasi)

Natural Honey/ Aloe Vera Gel / Air
(boleh dibeli di supermarket)



Masuk kan Aktivated Charcoal ke dalam bekas


Masukkan honey untuk kulit kering dan air untuk kulit berminyak


Lalu digaulkan menjadi pekak 


Ratakan diseluruh wajah yang bermasaalah, kalau boleh lagi pekak lagi bagus.

Biarkan selama 10-15 minit | atau sampai kering

Lalu dicuci sebersihnya 

Rasakan kulit akan terasa menakjubkan eheee

Untuk kulit kering better pakai sekali seminggu   

Untuk kulit berminyak 2 kali seminggu

Selepas cuci elok lah pakai pelembap untuk mengelak kulit tidak terlalu kering.

Ops : Malah dengar ia juga boleh mencerahkan muka, maybe bab tu kena lakukan selalulah kot!
takada kepastian lagi setakat ni aku buat...

Ok enjoy 


Thanks for Reading
Assalamualaikum.








No comments:

Relevant textual alternative to the image