.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Jul 24, 2016

KELEBIHAN TOMATO FACE SCRUB

Assalamualikum,

Dalam seminggu aku akan pastikan aku ada masa untuk menguruskan diri aku, walaupun ada masalah hidup atau kerja aku akan pastikan dapat meluangkan beberapa jam untuk diri aku.

So seperti biasa aku nak share rutin every week aku dirumah iaitu cara buat scrub mengunakan buah tomato …bukan setakat tamoto aje aku selalu gunakan, sometimes aku guna lemon ataupun coffee untuk buat scrub..but today aku nak share cara buat tamoto scrub paling ringkas takyah remeh temeh sangat..benefitnya sama saja..

Semua orang tahu tomato tu warnanya merah dan kental, ia selalu digunakan untuk memasak dan ada juga just buat hiasan je pada hidangan tetapi sebenarnya tomato ni banyak faedah nutrisinya.

Apa yang aku tahu tomato ni banyak kelebihannya ia mempunyai kandungan air yang tinggi yang boleh melembapkan kulit dan memastikan ia sihat , malah tomato kaya dengan kandungan kalium yang berguna untuk mengawal kadar jantung dan membantu dalam mencengah penyakit jantung dan strok..

Ia juga mempunyai vitamin A,B kompleks dan sebagainya untuk mata dan boleh juga membantu dalam melindungi badan kita daripada tekanan darah tinggi dan tinggi kolesterol.

Bukan itu aje ia baik untuk tulang dan gigi, melindungi dari redical bebas, Anti kanser, repar cell and musle building, kurang lemak, kolesterol rendah , tekanan darah rendah, , mengelakkan pembekuan darah, Anti radang, boost kekebalan, meningkatkan penglihatan..

Selain untuk memasak , tomato boleh digunakan untuk kecantikan juga you all..
dengan selalu mengamalkan makan tomato akan memberikan kita kulit yang sihat dan cantik.

Jom ikuti langkah ni:



Mula-mula panaskan air dalam periuk.


Masukkan seasalt 2 sudu 


Kacau sehingga sebati, biarkan air mengelegak lalu letakkan muka berdekatan 
periuk untuk ambik wap air panas tadi, just wap je ye, jangan kau letak muka kau dalam
periuk tu sudah kang tak pasal-pasal ke lain plak jadinya..

Wap tu berguna untuk membuka liang roma kita


Sediakan bahan-bahannya :

Seasalt | Madu | Outmeal | Gula
(seasalt untuk mengangkat sel-sel kulit mati)

Tomato



Masukkan sea salt kedalam mangkuk


Masukkan pula sebiji buah tomato


Lalu dikacau sebati, tambah garam lagi jika perlu 


Lalu ditepekkan keatas muka, sental lah muka dengan perlahan.


Biarkan ia kering selama 15-20 minit then cuci muka. 

Tadaaaaa freshhh kan...

Kelebihan Tomato Scrub ni adalah :


Ia merawat liang terbuka dan akan mengecutkan size liang.

Memberikan kulit yang sihat, glowing dan cerah kerana ia mengandungi vitamin C yang tinggi

Menghalang tanda-tanda penuaan

Ia mengandungi antioksidan yang bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi.

Ekstrak tomato digunakan dalam minyak urut untuk melegakan tekanan pada kulit.

Sifat-sifat astringen tomato menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk kulit kombinasi.

Pengunaan dengan kerap kulit kelihatan muda, sekaligus mencengah garis-garis halus dan kedutan..ia adalah anti-penuan yang menakjubkan.

 Agen pemutihan semula jadi dan sangat membantu dalam mencerahkan warna kulit.

 Mencegah sinaran matahari

Kulit licin

Membuang sel-sel kulit mati.

Menarik kan..nak kulit muka cantik tanpa sebarang cela dan kekotoran kenalah selalu rajin belai muka tu..tak mahal pun, malah lebih menguntungkan..kalau nak best lagi rajin-rajin makan tomato segar tanpa perlu dimasak..makan macam kau makan apple tu..aku memang amalkannya dari dulu, kerana itu muka aku jarang ada masalah...melainkan jika aku kurang tido ataupun rest..maka musuh-musuh kecil pun hinggaplah dimuka...

Terima kasih
Assalamualaikum.

No comments:

Relevant textual alternative to the image