.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Jul 11, 2016

PENGALAMAN UMRAH RAMADHAN KU...




Assalamualaikum... 

 Alhamdullilah dan syukor kepada Allah kerana beri peluang sekali lagi menjadi jemputan tetamu Allah di Mekah untuk Umrah kali yang ke2..walaupun baru je tahun lepas aku kesana dalam bulan 11. Tak sangka Doa aku untuk datang lagi di makbulkan olehnya.. 


Agency Umrah : Alsouq Leisure & Travel Sdn Bhd | AMTC Mutawif
Flight : Saudia Airline
Penginapan di Mekah : Al - Safwah Royale Orchid Hotel
Penginapan di Mahdina : Al-Ansar Golden Hotel
Date : 3 Jun 2016 - 13 Jun 2016
Mutawif : Ust Suhaimi Mekah | Ustaz Lah | Ustaz Nasa


3 JUN 2016 ( 2.PM) 

Kaki melangkah memasuki perkarangan Airport..kelihatan ramai jemaah-jemaah dari pelbagai agency sedang menunggu untuk urusan selanjutnya...nampak riak diwajah mereka begitu teruja dan tenang malah berseri-seri ..inilah wajah-wajah yang menjadi tetamu Allah untuk Umrah Ramadhan tahun ini..terasa hati kali ini turut sama merasai kegembiraan seperti mereka..


Bersama sahabat-sahabat dari Alsouq Global Media Sdn Bhd

3 JUN 2016 (6:30PM)

Pangilan Terakhir untuk menaiki pesawat ...
disambut oleh para stewedesh jelita yang sedia menunggu diatas flight 
dengan senyuman yang indah...
suasana tenang dan sepi hanya kedengaran samar-samar suara jemaah berzikir
sepanjang perjalanan yang memakan masa 8 jam untuk sampai ke Jeddah.


4 JUN 2016 (2:00AM)

Alhamdullilah selamat sampai ke Jedah..segala urusan kemasukkan dipermudahkan..
seperti memberi laluan untuk kami dengan segera menuju ke Kota Mekah untuk menyelesaikan
segera ibadat kami..

4 JUN 2016 (4:00AM)

Suasa ketika itu begitu damai sekali dengan iringan laungan takbir
dari jemaah-jemaah sampai ke Kota Mekah..dari jauh sudah kelihatan betapa tersergam indah
Masjid Al-Haram dengan cahaya-cahaya setiap pelusuk menerangi Kota Mekah seperti memanggil-manggil kedatangan tetamu-tetamunya..
Ya Allah permudahkanlah urusan kami..

Perkarangan Masjid Al-Haram
4 JUN 2016 (6:AM)

Dengan merasa rendah diri kaki melangkah menuju masuk perkarangan Masjid Al-Haram..
mulut tak berhenti berzikir sambil menikmati keindahan suasana pagi disitu..
dari jauh sudah kelihatan Ka'bah sedang menunggu kedatangan tetamunya..
tanpa disedari airmata mengalir kerana sekali lagi aku berada disini..begitu rindu  sekali hati ini.
Dengan penuh yakin diiringi dengan doa kami melangkah masuk ke dalam Masjid.


Permandangan dari Hotel Al-Safwah Royale Orchid

4 JUN 2016 ( 8:AM

Dengan Bismilahirohmanirrohim berserta niat, kami meneruskan perjalanan
mengelilingi tawaf sebanyak 7 kali..hati, mata, kepala hanya tertumpu pada
kain hitam terbentang megah menyaksikan ibadah kami..diikuti juga
dengan berjalan dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali pusingan juga..
tiada apa difikiran melainkan
memohon keampunan sebanyak mungkin diikuti dengan zikir yang tak henti-henti
keluar dari mulut..tiada kepenatan mahupun kesusahan..
semuanya dipermudahkan olehnya...

4 JUN 2016 (11:00 AM)

Selepas bertahalul maka berakhirlah pantang larang Ihram kami..maka sempurnalah 
ibadat Umrah kami yang wajib..dan akan diteruskan semula
seberapa banyak yg mampu pada hari-hari yg seterusnya..harapan agar
dipermudahkan lagi untuk itu..

DAN HARI SETERUSNYA.....


Tanggal 6 Jun 2015 
bermula Ramadhan kami di Mekah..
Ya Allah terlalu indah sangat dapat menikmati suasana Ramadhan disini..
bagai tak terasa lapar dan dahaga walaupun cuaca diluar mencecah
hingga 47 darjah celsius..walaupun puasa disini siang begitu lama, malam begitu sekejap
tapi kami masih mampu lagi bertahan..mungkin hikmah berpuasa di Mekah lain dari
tempat lain..keberkahan berpuasa disini begitu terasa sekali..hanya berbuka dengan kurma dan
air sudah cukup membuat perut kenyang..

Sedang menunggu untuk berbuka puasa

Juadah berbuka puasa dari Mekah yang diberkan percuma

Saat berbuka puasa di Mahdina

Juadah yang diberikan percuma dari Mahdina
LAWATAN DI MEKAH & MAHDINA

Seramai 5 orang diketuai oleh Ustaz Suhaimi yang memang arif di sini 
membawa kami dengan menaiki sebuah kenderaan 
pacuan 4 roda iaitu GMC
menuju ke beberapa lokasi yang mempunyai
sejarahnya sendiri..


Bukit Jabal Rahmah
Berada di atas Bukit Jabal Rahmah
Jabal Tsur

with Ustaz Suhaimi belakang sekali
Ladang Unta

Sesi bercakap dengan Unta

Bukit Uhud
Disinilah mengorbankan para shuhada seramai 70 orang
Muzium

Sepanjang berada disini banyak perkara yang aku berlajar dari budaya orang -orang disini..
dimana Mekah adalah sebuah tempat yang dimana orang-orangnya begitu kasar kerana mereka
di duduki oleh kaum-kaum quraisy yang menetap di Kota Mekkah dan didaerah sekitarnya..
yang memang terkenal dengan keganasannya..belainan pula
dengan Mahdina orang-orangnya begitu sopan santun dan lembut..
kerana Rasullulah banyak berada disini...

h
Rezeki semasa Tawaf yang diberi oleh seorang hamba Allah.

hnmmjh
Saat berbuka puasa di Majid An-Nabawi

Dibawah Payung Masjid An Nabawin


Sepanjang di sini..hati kena bersih dan bebas dari segala fikiran yang negatif...kerana dugaan semasa
berada disini memang berlainan sekali tanpa sedar..oleh itu banyakkan berzikir dan bercerita benda-benda
yang baik sahaja..sepanjang disini banyak yg kami lalui tanpa sedar..dan itu semua adalah dugaan
untuk menguji hambanya..banyakkan istigfar dan sentiasa murahkan senyuman..dari yang susah akan dipermudahkan jika
kita ihklas sesama manusia..itulah yang aku lalui walaupun disini aku bukan insan yang perfect sangat..
aku juga manusia yang banyak melakukan kesalahan yang tak disengajakan..tetapi semasa
disini aku berjaya control emosi dan diberikan jalan yang luas dan senang
untuk aku lalui disini..

Sewaktu Azan Isyak Berkumandang


video



Perkarangan Masjid An- Nabawi

View From Raudhah "Kubah Hijau"


Dan Alhamdullilah rezeki aku disini semua datang tanpa diduga-duga...banyak kenangan dan peristiwa yang
berlaku semasa umrah ku kali ni..yang tak sempat untuk aku kongsikan bersama, cuma nasihat ku
ingin perkara yang baik datang..maka bersihkan hati seihklasnya..dan sentiasa prasangka baik pada sesiapa sahaja
tengok Allah akan beri jalan dan rezeki yang tak disangka-sangka untuk dipermudahkan segala urusan kita..

Dihadapan pintu masuk Pertama 1 ke Makan Nabi


Masjid Terapung Jeddah

Tetapkan hati dari awal datang sini semata-mata untuk Allah dan beribadat...dugaan Allah disini bermacam-macam jenis..jangan takabul dan bangga diri...kerana itu juga kita akan berhadapan dengan situasi
mengikut perangai kita sendiri tanpa kita sedari tetapi ingat..orang lain yang akan menilai dan nampak keburukan kita disana seolah-olah tanpa kita sedar kita telah bukak pekong didada sendiri dengan kuasa Allah..oleh itu
banyakkan berzikir, murah senyuman dan sentiasa bersangka baik pada sesiapa sahaja
yang kita jumpa...yang paling penting banyakkan bersabar...insyallah



Bersama Anggota Agency AMTC & Alsouq leisure & Holiday
di Masjid Terapung Jeddah.


Terima Kasih kepada Alsouq Leisure & Holiday serta Agency AMTC Mutawwif
kerana memberikan perkhidmatan yang superb!!!
untuk sesiapa yang ingin ambik krusus mutawif ataupun ingin cuba package Umrah & Haji
boleh lah hubungi mereka di disini :

  • No.9B, Wisma AMTC, Jalan Saga Emas 8A, Taman Saga Emas, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
  • 03-87415604 ( Ustaz La)


  • Untuk Package VIP:

    Alsouq leisure & Holiday

    0193532163 | 016 2116425

    Ustaz Nasa


    Terima Kasih 







No comments:

Relevant textual alternative to the image