.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Aug 6, 2016

MENEROKAI GUA TEMPURUNG

Assalamualaikum,

Kali ni aku berpeluang singgah sebentar menerokai sebahagian Gua Tempurung yang terletak di Gopeng Perak ini, selama ni aku dok asyik tengok dari tepi highway je now in the first time aku berjaya menjejaki kaki ke sini..




Semua orang tahu Gua Tempurung ni adalah gua yang terpanjang di Malaysia, malah gua batu kapur yang terbesar disemenanjung Malaysia..Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa..untuk menerokai dari dalam gua batu kapur ni tidaklah payah kerana telah disediakan laluan pejalan kaki dan diterangi oleh cahaya spotlight..






Bila berada disini terasa seperti berada di alam lain, lebih lagi bila berada dipertengahan gua terasa sesuatu yang amat menyeramkan dengan suasana yang amat sunyi dengan di hiasi stalagmites, stalactites dan batu-batu yang amat menakjubkan bermacam-macam bentuk yang unik..lebih lagi ketika ni tidak ramai pelancung yang datang, hanya kami berdua..itu yang buat aku terasa sempit dada dan menyeramkan..seolah-olah terasa seperti ada yang memerhatikan....





Untuk yang lebih mencabar disediakan juga Sungai Adventure Tour..dimana ia lebih mencabar lagi..kena sediakan baju gantian sebab kena merangkak dalam sungai dalam sungai dalam gua. walaubagaimanapun aku tak lama didalam ni..kerana kesuntukan masa dan terasa tak sedap badan..






Pada sesiapa yang belum lagi pergi tu..pergilah sendiri menikmati suasana didalam gua batu kapur ni..ia telah wujud sejak 10,000 tahun yang lalu.usia batu dikawasan ni adalah diantara 165-400 juta tahun,..rasailah sendiri pengalaman berada didalam tu..memang superb and menyeramkan...






Ia adalah satu pengalaman indah bagi aku ...jika ada peluang next time kami nak cuba
pula Sungai Adventure Tour pula..

Jumpa Lagi...





















































No comments:

Relevant textual alternative to the image