.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Aug 2, 2016

MENJEJAKI REFFLESIA KE ROYAL BELUM


Assalamualaikum,

Baru ni aku ada peluang ikuti aktiviti trip bersama "HIKE TRAVEL YOGA" yang diasakan oleh trainer Yoga iaitu Ezza and coordinatornya Sarita and Wawa..Ke ROYAL BELUM

Aktiviti yang disediakan bukan sahaja YOGA, malah HIKING, MANDI AIR TERJUN and MELAWAT PERKAMPUNGAN ORANG ASLI.

Ini adalah first time aku ke sini, memang teruja and mencabar aku sebagai seorang pesakit OCD. Walaupun tidak begitu selesa tetapi mengajar aku slowly-slowly melawan perasaan tidak keselesaan aku sebagai OCD...malah ia juga mengajar aku suatu benda yang baru about life, friendship and everything..



Semua orang tahu Royal Belum ni memang terkenal dengan spesis bunga terbesarnya iaitu Rafflesiakan..iaitu spesis tumbuhan yang sukar ditemui yang tumbuh meliar.malah bukan itu aje kat Royal Belum ni terdapat pelbagai lagi jenis tumbuhan dan pokok-pokok kayu malah pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat penyakit.
Ia terletak diantara sempadan Malaysia Thailand, luas kawasan ni sebanyak 290,000 hektar, ia sebuah taman yang besar dibahagian semenanjung Malaysia, ia juga adalah salah satu hutan tertua didunia sejak 130 juta tahun..
Belum diberi nama dari bunyi yang dihasilkan oleh seekor belalang besar yang menghuni hutan ni.

Trip Bermula Dari :
Jumaat 
LRT Bandar Tasik Selatan
12:30 am (bertolak)


Sabtu
Solat Subuh di Gerik Perak
5:30 am


Sabtu
Breakfast at Gerik Perak
6:30 am

Sabtu
Jeti Tasik Banding
9 :00 am

Selepas selesai group kami seramai 15 orang diikuti oleh 25 orang lagi dari group
yang lain menaiki house boat. Kami diberi penerangan oleh Ketua Boat tentang 
pantang larang semasa berada disini dan juga ciri-ciri keselamatan yang diperlu dijaga
semasa berada diatas boat mahupun disetiap persinggahan yang kami lawati.

Sabtu
Perkampungan Orang Asli Aman Damai
Royal Belum
12:30 pm



Maklumat Penduduk Setempat
Jumlah keluarga  : 17
Orang dewasa : 37
Kanak-kanak :68
Jumlah Penduduk : 105
Aktiviti harian memburu dan mencari hasil sumber dari dalam hutan

Penerangan tentang Orang Asli Aman Dama

Rumah Orang Asli

Team Yoga

Buatan tangan Orang Asli

me

Persembahan dari anak muda orang asli

Kanak-kanak Orang Asli

Keluarga Orang Asli

Pemberian & Derma untuk Orang Asli

Dari pelbagai group yang join ke Royal Belum

Sabtu
Lunch
1:00 pm

Sabtu
Sungai Kooi 
Royal Belum
2:30 pm

Sungai Kooi Royal Belum

Permandangan dari luar 


Team Yoga

Untuk sampai ke Sungai Kooi, perlu menaiki bot kecil sebab laluan dia tak boleh
lalu oleh houseboat.



Untuk ke Air Terjun Sungai Kooi perlu sedikit trekking and hiking lebih kurang 30 minit 
itupun tengok kau larat mana..kalau tak larat jangan paksa diri..berhenti dulu tarik nafas jangan duduk..kalau duduk akan buat lagi badan berat..just banyakkan pergerakan semasa berdiri tu..minum air putih banyak bagi tenaga..jangan tegur apa-apa, jaga tingkahlaku.




Sabtu
Mencari Rafflesia
3:00 pm



Perjalanan diteruskan mencari Bunga Rafflesian iaitu spesis bunga terbesar ..
trail untuk kesini sedikit mencabar..walaupun pada hakikat dah tak larat tetapi semangat aku kuat. 
Aku gagah melangkah hinggalah sampai keatas walaupun sedikit hampa Bunga Rafflesia yang dicari telah mati keracunan menjadi warna hitam seperti terbakar...apa pun aku gembira kerana sempat tengok yang baru nak menjadi..dengar khabarnya lagi 9 bulan untuk menunggu ia kembang mekar..

Sabtu
House Boat
4:00 pm

Perjalanan balik ke House Boat

Sabtu
House Boat
4:30 pm
Aktiviti mandi ditengah tasik








Sabtu
Dinner
Aktiviti pengenalan dan game mengikut 7 kumpulan yang dibahagikan untuk berlawan 
ujian kehebatan setiap kumpulan..aktiviti diadakan dibahagian atas sekali boat sambil disinari oleh cahaya bintang-bintang yang terang...aktiviti berakhir 12 : 00 malam.

Ahad
Yoga session
7 - 9:00 am




After Yoga dari group kami masing-masing dah keletihan ada yang tertido dan ada yang main Uno..
kami diberi ketua boat selama 3 jam untuk berehat..pukul 12 tengahari akan berangkat ke sebuah Air Terjun Sungai Ruok, tetapi malangnya aku tidak dapat turut serta kerana keletihan
dan perut tidak mengizinkan..so aku bersama 3 rakan yang lain hanya duduk di house bout melayan karaoke, manakala aku ambil kesempatan tu juga untuk berkemas dan mandi tasik di arae Boat saja..


Pukul 3.00 petang boat bergerak pulang menuju ke Jeti Tasik Banding..alhamdullilah segalanya
berjalan dengan lancar...Terima Kasih Hike Travel Yoga and Ketua Boat abang Joe and selaku organiser perjalanan dan makanan iaitu Seha..jika ada rezeki kita ketemu lagi..



Jika sesiapa yang ingin menyertai aktiviti Hike Travel Yoga selepas ini ke Tioman iaitu Yoga sambil Dive boleh lah layari facebook mereka iaitu "Hike Travel Yoga" ataupun instagram "hiketravelyoga"
ikutilah perkembangan mereka kerana selepas ini bermacam lagi kawasan ingin mereka jelajahi...

HAHAHAHAHAHAH
(evil)


Thanks For Reading..











No comments:

Relevant textual alternative to the image