.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Dec 22, 2016

CARA NAK BUAT POMADE DIRUMAH



cara buat pomade

Dari Wak Doyok punya pomade hingga lah kini bermacam-macam brand berada dipasaran...
boleh dikatakan amat laris buat masa ini penjualannya...

So hari ni aku nak kongsi cara buat pomade hair di rumah menggunakan all natural ingredient...

semua bahan ni boleh di beli melalui online atau pun farmasi..
selamat digunakan dan boleh dibuat berniaga...

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :


petroleum jelly

  • Petroleum Jelly 4 teaspoon


bee wax


  • Bee Wax 2 tbs - jangan banyak sangat jika terlebih akan menjadi keras


castor oil


  • Castor Oil 3 tbsp 


coconut oil



  • Coconut Oil 1/4 coconut oil - atau mengikut kesukaan anda..


fragrance oil




  • Fragrance Oil 5 titis


aluminium jar



  • Bekas untuk meletak pomade..
Ok boleh letak colouring jika mahu untuk mencantikkan pomade tersebut..macam 
sekarang saya buat tiada colour hanya natural colour dari beewax tu.

CARA-CARA PEMBUATANNYA :

bee wax dipanaskan


Masukkan beewax kedalam bekas lalu panaskan hingga menjadi cair

bee wax cair

Bila dah nampak Beewax semakin cair seperti gambar diatas.

masukkan petroleum jelly

Lalu masuk kan Petroleum Jelly pula dan tunggu sampai cair..

tambahkan castor oil

Selepas itu masukkan Castor Oil


then masukkan coconut oil

add coconut oil



add fragrance oil

then fragrance oil

kacau sebati

Kacau hinga sebati semua lalu tuangkan kedalam storage container .
lalu biarkan ia seketika sejuk beberapa jam...

let it cold

Tadaaaaaaa....ni lah hasil jadinya pomade saya...tidak terlalu keras
and sedang-sedang elok...

NOTE : jika terlebih beewax pomade akan menjadi keras and susah
untuk dipakai kerana terpaksa cairkan dulu pakai hairdryer..



Thanks For Watching...

Tomato Face Scrub

Dec 9, 2016

PENYEMBUH PENYAKIT WAS-WAS

Salam, Baru ni aku sempatlah luangkan masa membaca beberapa buku agama, yang sebelum ni rutin harian aku sentiasa busy hingga tido pun tunggang langgang, siang menjadi malam, malam menjadi siang bagiku.. So sementara menunggu rendering aku banyak membaca, hinggalah aku tertarik pada satu buku ni dimana untuk menghilangkan penyakit was-was..

confius

 Semua orang tahu was-was ni ialah hati berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara yang sepatutnya tidak menjadi syak..was-was ni jugak selalunya berpunca daripada hasutan syaitan yang selalu ganggu pemikiran kita..contohnya  ada sesetengah tu untuk ambik wuduk pun memakan masa begitu lama kerana ia berasa samada wuduknya sah atau batal kerana sentiasa terfikir ia terkentut padahal tiada apa..begitu juga dalam solat kadang-kadang boleh merasa was-was dah berapa rakaat dibuat...dan macam-macam lagi.. 

Seorang Tafsir Al-Quran , Abdullah bin Abbas r.a pernah berkata : 

 "Apabila engkau merasai dalam diri engkau sesuatu keraguan (syak terhadap Allah) maka ucapkanlah :

 هُوَ اْلأَوَّلُ وَاْلأَخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 

 Ertinya : 

 Dialah Allah, Al-Awwal (Yang Pertama) dan Al-Akhir (Yang Akhir), Azh-Zhahir (Yang paling atas/zhahir) dan Al-Bathin (Yang paling bathin). Dan Dia ‘Aliim (Maha mengetahui) terhadap segala sesuatu. [Al-Hadid : 3] 


Selain tu amalkan baca surah Ghaafar (Al-Mukmin, ke 40) pada waktu malam sebelum tidur dan banyakkan selawat keatas Nabi sehingga merasa mengantuk (terus tido dalam berselawat)

Disamping itu Abu Hurairah r.a memberitahu Rasullullah s.a.w bersabda :

"Apabila anak Adam membaca surah As-Sajdah, lalu ia sujud, maka syaitan jatuh sambil menanggis. Katanya, " Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh , tetapi aku menolak, maka untukku neraka." (HR Bukhari dan Muslim.) 

Oleh itu orang yang was-was hendaklah membaca surah As-Sajdah dan hendaklah dia bersujud sewaktu membaca ayat As-Sajdah dan hendaklah lakukan pada setiap hari dan setiap waktu di mana jika selalu didatangi penyakit was-was itu, korang akan berasa tenang dan  akan dijauhi daripada syaitan.

Kata seorang ustaz pula pada aku amalkan membaca Surah An-Nas sentiasa jika merasa was-was seperti penyakit yang aku hadapi iaitu Obsesif Kompulsis ni, sesetengah orang mengatakan OCD ni adalah satu ganguan daripada Jin..tapi dari segi sains ia adalah satu jenis penyakit...

Allahualam...

Sharing is Caring...Nite!




Relevant textual alternative to the image
Relevant textual alternative to the image