.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Dec 9, 2016

PENYEMBUH PENYAKIT WAS-WAS

Salam, Baru ni aku sempatlah luangkan masa membaca beberapa buku agama, yang sebelum ni rutin harian aku sentiasa busy hingga tido pun tunggang langgang, siang menjadi malam, malam menjadi siang bagiku.. So sementara menunggu rendering aku banyak membaca, hinggalah aku tertarik pada satu buku ni dimana untuk menghilangkan penyakit was-was..

confius

 Semua orang tahu was-was ni ialah hati berasa ragu-ragu terhadap sesuatu perkara yang sepatutnya tidak menjadi syak..was-was ni jugak selalunya berpunca daripada hasutan syaitan yang selalu ganggu pemikiran kita..contohnya  ada sesetengah tu untuk ambik wuduk pun memakan masa begitu lama kerana ia berasa samada wuduknya sah atau batal kerana sentiasa terfikir ia terkentut padahal tiada apa..begitu juga dalam solat kadang-kadang boleh merasa was-was dah berapa rakaat dibuat...dan macam-macam lagi.. 

Seorang Tafsir Al-Quran , Abdullah bin Abbas r.a pernah berkata : 

 "Apabila engkau merasai dalam diri engkau sesuatu keraguan (syak terhadap Allah) maka ucapkanlah :

 هُوَ اْلأَوَّلُ وَاْلأَخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ 

 Ertinya : 

 Dialah Allah, Al-Awwal (Yang Pertama) dan Al-Akhir (Yang Akhir), Azh-Zhahir (Yang paling atas/zhahir) dan Al-Bathin (Yang paling bathin). Dan Dia ‘Aliim (Maha mengetahui) terhadap segala sesuatu. [Al-Hadid : 3] 


Selain tu amalkan baca surah Ghaafar (Al-Mukmin, ke 40) pada waktu malam sebelum tidur dan banyakkan selawat keatas Nabi sehingga merasa mengantuk (terus tido dalam berselawat)

Disamping itu Abu Hurairah r.a memberitahu Rasullullah s.a.w bersabda :

"Apabila anak Adam membaca surah As-Sajdah, lalu ia sujud, maka syaitan jatuh sambil menanggis. Katanya, " Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh , tetapi aku menolak, maka untukku neraka." (HR Bukhari dan Muslim.) 

Oleh itu orang yang was-was hendaklah membaca surah As-Sajdah dan hendaklah dia bersujud sewaktu membaca ayat As-Sajdah dan hendaklah lakukan pada setiap hari dan setiap waktu di mana jika selalu didatangi penyakit was-was itu, korang akan berasa tenang dan  akan dijauhi daripada syaitan.

Kata seorang ustaz pula pada aku amalkan membaca Surah An-Nas sentiasa jika merasa was-was seperti penyakit yang aku hadapi iaitu Obsesif Kompulsis ni, sesetengah orang mengatakan OCD ni adalah satu ganguan daripada Jin..tapi dari segi sains ia adalah satu jenis penyakit...

Allahualam...

Sharing is Caring...Nite!




Relevant textual alternative to the image

No comments:

Relevant textual alternative to the image