.quickedit{display:none;} -->

Delaila Adnan

Delaila Adnan

Jan 1, 2017

GANGGUAN DARI JIN.....

Malam itu seperti biasa aku duduk didepan computer menyiapkan kerja-kerja ku yang
harus disiapkan mengikut dateline yang diberikan client...setelah hampir beberapa jam
duduk didepan computer aku terasa penat lalu aku berhenti sementara tinggalkan keja duduk disofa sambil melayan movie di HBO..

Sedang asyik aku melayan movie, aku rasa tak sedap hati, aku terasa sesuatu...tapi aku tak pasti kenapa aku rasa begitu, aku biarkan je perasaan itu sambil melayan movie...sedang asyik aku menonton, dari pandang anak mata aku , aku ternampak sesuatu dibahagian dapur rumah aku...
sedang duduk dikerusi sambil merenung kearah aku..aku terus paling pandangan memandang
kearah dapur, nothing!...aku sambung balik layan movie, aku nampak lagi dari ekor mataku
ada lagi sesuatu yang lain pula sedang berdiri didapur memandang kearah aku...aku mula bangun memandang kearah dapur sambil tertoleh-toleh melihat segala pelusuk didapur dari jauh...tiada apa jugak yang kelihatan...aku mula rasa seriau, rasa badan tak sedap...aku baca apa yang aku faham...sambil bukak iphone pasang ayat Al-Baqarah berkumandang satu rumah...kebetulan ketika itu aku seorang sahaja...mulut ku berkumat-kamit sambil mata memandang kearah TV..
and aku nampak seperti ada bayangan melintas dari ekor anak mataku berserta sekepul asap panjang beekor terbang melintas...



Ya Allah apa tu..aku terus bangun, lalu aku menuju kearah imac bukak surah Ayat Rugyah kuat-kuat
lalu aku duduk semula disofa..terus terang aku katakan aku sedikit takut and menggigil-gigil..tapi aku kuat cuba buat tak tahu..tapi pikiran aku tak dapat tipu..selang beberapa minit ayat Rugyah terpasang, kedengaran dari atas rumah ku bunyi orang berjalan menghentak-hengtak dengan kuat berulang alik...
bunyi tu makin lama makin kuat...and segala bunyi semua keluar ....
tiba-tiba ayat dibaca ditelepon terpadam sendiri..bunyi ayat Ruqyah di Computer terhenti sendiri..
aku cakap dalam hati aku..jangan kacau aku..lalu aku bangun pasangkan balik...
aku text hubby aku bagitahunya kalau dia bangun call aku..



dalam pukul 4 am suami aku call..aku bagitahu dia apa terjadi..suami suruh aku teruskan berzikir
and baca segala ayat menghalau gangguan...teruk jugaklah aku tak tido sampai pukul
9 am baru aku dpt lelapkan mata...bangun je dari tido aku ok lagi..bila masuk je nak malam
aku mula demam menggigil-gigil teruk sangat, kepala nak pecah, batuk, sakit perut, tumit bawah
kaki seperti ada benda disitu and berbisa, lutut sakit and bisa...aku jadi lemah and lembik...
semenjak dari hari tu..asalkan malam je aku demam teruk, menggigil-gigil seperti duduk
dalam ice macam nak beku jantung aku dibuatnya...setelah hampir 6 hari aku menanggung
akhirnya , suami bawak aku ke hospital..and doktor cek tekanah darah aku terlalu rendah..
aku ditahan diwad, suspek kena virus..tapi dia pelik demam aku jenis berbalik-balik..walaupun dah bagi macam-macam ubat...tapi akhirnya aku mintak balik...sebab sama je lagi lama
aku kat sana bill melambung , sakit jenis berbalik-balik...doktor pun just kata virus dh ok, cuma demam je..so better aku balik je lah..sebab suami ajak berubat cara kampung...takut ada gangguan
katanya...so aku balik rumah...siang tu demam sikit tapi petang itu dah ok..bila dirumah
pukul 10 malam aku demam balik menggigil-gigil...tapi aku dh serasi aku kuatkan diri tak
layankan sangat sakit tu..tapi apa yang aku pelik kenapa setiap kali bila aku balik
rumah, sampai depan rumah aku mesti terasa seperti banggunan condo aku tu bergoyang,hingga
aku terasa nak pitam and jatuh...hingga kadang tu aku terpaksa berpapah dengan
suamiku untuk masuk dalam rumah kerana terasa seperti nak jatuh...bila didalam rumah
aku normal balik...


Itulah pengalaman ku sekarang...dimana tidak semestinya kita berada dirumah
tiada gangguan, samada dituju atau ada benda yang ingin menumpang kita tak tahu...kebetulan 
 gangguan ni datang ketika aku dalam keadaan kotor..tak boleh solat...maka itu sentiasalah
berzikir...dan aku percaya semakin kita berubah kearah kebaikan, semakin kuat
gangguan yang datang...mungkin ada hikmah disebalik apa yang aku lalui...

Buat masa ni aku belum lagi pergi berubat...kerana kesibukan kerja ...
atau mungkin kerana itu alasan saja sebab aku cuba fikir maybe itu cuma perasaan aku aje atau
aku sebenarnya ada gangguan lain...
Allahualam......


Relevant textual alternative to the image